nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada lagi imbasan MySejahtera, jarak fizikal di sekolah

28 APR : Tiada lagi imbasan MySejahtera perlu dilakukan untuk warga pendidikan, termasuk pelawat luar, ketika mahu memasuki kawasan sekolah mulai 1 Mei ini.

Perkara itu yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan antara pengoperasian institusi di bawah kementerian yang baharu, selaras dengan pelonggaran prosedur operasi standard yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, bagaimanapun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan dalam ruangan tertutup, namun terdapat pengecualian tertentu, termasuk guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

“Maknanya, kalau dalam kawasan tertutup di sekolah, bilik darjah, pusat sumber, atau perpustakaan, atau di mana-mana tempat dalam institusi, maka pelitup muka diwajibkan.

“Namun ada pengecualian kepada pemakaian pelitup muka. Mereka yang berada bersendirian di dalam kelas, guru yang sedang mengajar di hadapan kelas atau sedang melakukan aktiviti sukan dan rekreasi, termasuk Pendidikan Jasmani.

“Ini seperti mana kita laksanakan sebelum ini, dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah serta individu berkeperluan khas, dan individu yang ada masalah pernafasan juga tidak perlu. Ini berdasarkan rekod kesihatan masing-masing,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Katanya lagi, jika murid-murid berada di luar bangunan, atau di kawasan terbuka, makan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan, tetapi masih amat digalakkan.

Beliau turut memaklumkan dalam sidang media tersebut, bahawa amalan penjarakan fizikal di dalam kawasan sekolah, atau institusi di bawah kementerian telah dilonggarkan.

“Tidak ada lagi penjarakan fizikal dalam kelas dan dalam kawasan sekolah, namun begitu penjarakan fizikal digalakkan, dalam keadaan murid tak pakai pelitup muka.

“Ini ada impak dalam penyusunan kelas, seperti mana hari ini jarak satu meter, jadi ia memberi kekangan. Maka dengan ketetapan ini, pentadbir sekolah dan guru boleh pilih pendekatan paling baik,” katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Radzi turut memaklumkan pelajar sekolah kini boleh kembali makan di kantin atau kafeteria sekolah.

Jelasnya, sekolah yang mana mempunyai ruangan makan terhad dan murid ramai, dibenarkan menyusun waktu rehat secara berperingkat.

“Ini bagi sekolah yang mempunyai murid yang ramai dan jika semua ke kantin pada masa sama hingga mengakibatkan kesesakan teruk, sekolah ini dibenarkan untuk menyusun waktu rehat berperingkat. Paling penting selepas ini, murid dapat makan di kantin seperti sebelum kemunculan COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.