nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10 maut, 3 cedera insiden tembakan rambang di pasar raya

15 MEI : Seramai 10 orang maut manakala tiga lagi mangsa cedera, dalam satu insiden tembakan tambang di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, semalam.

Suspek kulit putih berusia 18 tahun itu dilengkapi senjata dan memakai helmet serta peralatan taktikal, malah dipercayai menyiarkan serangan berkenaan secara langsung melalui rakaman kamera, disyaki polis sebagai ‘atas dorongan sentimen perkauman.

Pesuruhjaya Polis Buffalo, Joseph Gramaglia, berkata terdahulu suspek menembak empat orang di kawasan parkir pasar raya itu menyebabkan tiga maut, sebelum masuk ke dalam premis dan meneruskan serangan.

Antara terkorban di dalam pasar raya itu ialah seorang pesara polis yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan bersenjata.

Polis turut memaklumkan, 11 daripada mangsa kejadian itu adalah warga Afrika-Amerika.

Sementara itu, ejen khas yang mengetuai pejabat lapangan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Buffalo, Stephen Belongia, berkata serangan terbabit disiasat sebagai kes jenayah kebencian.

Peguam daerah untuk wilayah Erie di mana Buffalo terletak, John Flynn, berkata suspek akan dihadapkan ke muka pengadilan atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, jika sabit kesalahan.

Flynn berkata, suspek menggunakan ‘senjata serangan’ – istilah yang boleh merujuk kepada beberapa jenis senapang dan senapang patah di New York – namun tidak memperincikan secara khusus jenis senjata terbabit.

Datuk Bandar Buffalo, Byron Brown pula memaklumkan bahawa suspek ‘melakukan perjalanan berjam-jam dari kawasan luar komuniti itu untuk membuat jenayah berkenaan.’ – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.