nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 dibuka

30 MEI: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah membuka permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 sejak 5 Mei lalu.

Bantuan itu bakal memanfaatkan seramai 232,319 orang pekebun kecil dan penoreh getah yang mempunyai keluasan kebun getah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata, kerajaan memperuntukkan RM191 juta khusus kepada pekebun kecil dan penoreh getah berkelayakan yang terjejas pendapatan mereka ketika musim tengkujuh nanti.

“Setiap penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima sebanyak RM600 seorang.

“Bantuan akan disalurkan sebanyak dua kali iaitu RM300 pada bulan November dan baki RM300 pada bulan Disember tahun ini berikutan bulan tersebut merupakan tempoh yang paling terkesan bagi golongan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tarikh permohonan bantuan itu ditutup adalah pada 15 September nanti.

Jelasnya, kerajaan menyediakan BMT bagi memastikan golongan masyarakat luar bandar dapat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

“RISDA sedang dalam proses pengemaskinian maklumat sedia ada serta menerima permohonan baharu bagi program bantuan ini.

“Pekebun kecil dan penoreh getah dinasihatkan untuk melayari portal pekebun kecil RISDA melalui pautan pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke pejabat RISDA berhampiran bagi mendapatkan informasi yang tepat bagi permohonan bantuan ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.