nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penduduk Negeri Sembilan hampiri 1.2 juta

8 JUN: Jumlah penduduk di Negeri Sembilan mencecah 1.19 juta orang pada tahun 2020 berdasarkan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 berbanding 986,204 yang dicatatkan pada 2010 menerusi statistik terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Mohd Uzir berkata, daripada jumlah itu Daerah Seremban mempunyai bilangan penduduk tertinggi sebanyak 692,000, diikuti Port Dickson (129,000) dan Jempol (127,000) manakala Jelebu dan Rembau merekodkan bilangan penduduk terendah iaitu 46,000 dan 47,000 di dua daerah itu.

“Negeri Sembilan telah menerima satu limpahan kemakmuran negara, apabila kapasiti Kuala Lumpur telah membangun begitu pesat, keperluan perumahan banyak dibina di luar Kuala Lumpur, di negeri ini kita dapati ramai yang bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi menetap di Senawang, Nilai di sini.

Selain itu dengan kesalinghubungan yang semakin baik serta waktu berkerja yang lebih fleksibel termasuk terdapat syarikat yang masih mengamalkan waktu kerja di rumah, ini juga antara faktor orang ramai tidak lagi memilih tempat tinggal berhampiran dengan tempat kerja,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian berkenaan penerbitan statistik Subnasional Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020: Daerah Pentadbiran, di Seremban, hari ini.

Mohd Uzir berkata, selain itu penduduk di sini juga tidak berdepan isu keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan sebagainya serta lokasi negeri ini yang strategik untuk menghala ke selatan.

Dalam pada itu katanya, maklumat Subnasional DUN menyediakan data terkini, iaitu penting dalam membantu perancangan pembangunan sesuatu kawasan yang lebih bersasar berbanding di peringkat nasional dan negeri sahaja.

Memperincikan mengenai 36 DUN di negeri ini, Nilai mempunyai bilangan penduduk teramai iaitu 119,613 dengan 32,084 isi rumah dan tempat kediaman sebanyak 42,340 di kawasan itu manakala Senaling menunjukkan bilangan penduduk terendah (8,024) dengan 2,350 isi rumah serta 3,099 unit kediaman.

“Ketersediaan statistik hingga kawasan terkecil seperti Parlimen dan DUN ini dapat dimanfaatkan sebagai input penting pelbagai pihak terutamanya Ahli Parlimen serta DUN dalam menambah baik tadbir urus kawasan serta menyediakan keperluan sosioekonomi lebih bersasar untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.