nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tren Tebrau JB-Woodlands kembali beroperasi

19 JUN: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memulakan kembali perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Stesen Woodlands, Singapura.

Akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan itu mula digantung sementara pada 24 Mac 2020, berikutan penutupan sempadan negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata latihan pengoperasian semula Shuttle Tebrau dibuat sejak Selasa lalu bagi memeriksa gerakan gerabak, ciri keselamatam, sistem penjualan tiket dan operasi penjualan supaya perkhidmatan berkenaan lancar.

“Tiket perkhidmatan Shuttle Tebrau sudah mula dijual pada 13 Jun lalu bagi perjalanan 19 Jun sehingga 18 Julai 2022.

Ka Siong (dua dari kanan) dan Onn Hafiz (kanan) menyampaikan cenderamata kepada penumpang tren JB-Woodlands di Johor Bahru hari ini.

“Setakat Jumaat lalu, sebanyak 68,070 tiket sudah dijual dengan penjualan tiket yang lebih awal ini, ia dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka khususnya rakyat Johor yang berulang-alik berkerja di Singapura.

“Setiap hari ada 31 trip atau perjalanan Shuttle Tebrau yang bermula jam 5 pagi sehingga 11.45 malam, dengan 13 perjalanan dari Malaysia-Singapura dan 18 perjalanan dari Singapura-Malaysia.

“Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau ini mampu menampung kapasiti maksimum seramai 320 penumpang setiap trip atau perjalanan dan dijangkakan seramai 7,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di Johor Bahru, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau mengekalkan tambang sedia ada iaitu RM5 sehala bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, penyambungan semula perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau itu memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja ke republik itu.

“Ini adalah detik bersejarah buat rakyat Johor, dengan pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau, saya menjangkakan pertambahan pelancong dari Singapura ke Malaysia melalui Johor.

“Ia sekali gus dapat merancakkan sektor ekonomi negara khususnya negeri ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.