nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lelaki maut tercampak atas bumbung kereta

23 JUN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh kereta lalu tercampak di atas bumbung kenderaan berkenaan.

Kejadian jam 9.50 pagi tadi di Kilometer 50 Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor tular di media sosial memaparkan orang ramai mengerumuni kenderaan yang dipandu wanita warga emas berusia 67 tahun.

Lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa berusia 26 tahun itu menunggang Yamaha Y15 bersendirian dari arah rumahnya di Kampung Tebuk Berihun, Sabak Bernam menuju ke Pulau Indah.

“Semasa kejadian sebuah Proton Saga dipandu wanita berkenaan dari arah bertentangan dipercayai tiba-tiba memasuki simpang di jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli berkata, mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengawal motosikal lalu merempuh pintu depan penumpang kereta tersebut.

“Rempuhan itu kemudian menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas bumbung kereta lalu meninggal dunia,” ujarnya.

Jelas beliau, wanita yang cedera ringan di pinggang itu sempat diberhentikan oleh saksi bebas di lokasi kejadian.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.