nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Husam berdepan saman fitnah RM60 juta

27 JUN: Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa berdepan saman RM60 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Syarikat Al Dar Resources Sdn Bhd dan pemiliknya memfailkan dua saman terhadap Husam Musa dan menuntut ganti rugi RM60 juta.

Dua saman itu dikemukakan plaintif, Al Dar Resources yang menuntut ganti rugi RM50 juta, manakala pemilik syarikat, Mohd Haffiz Mohd Rasdin menuntut ganti rugi RM10 juta.

Tuntutan saman dibuat menerusi Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar di Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu dengan menamakan Husam sebagai defendan.

Peguam Azeel Eskandar Azmi, berkata saman terbabit dibuat susulan dua kenyataan dikeluarkan Husam menerusi Facebook pada 3 dan 6 Jun lalu, yang disifatkan memfitnah syarikat anak guamnya.

Katanya, pada 3 Jun lalu, Husam memuat naik kenyataan bertajuk “Kebetulan kontraktor balak Daulah ada kaitan dengan YB Hanifa?” dan kenyataan 6 Jun yang bertajuk “Kelantan dikuasai gandingan Dua H? Gandingan Hanifa-Hafiz dikatakan mercu tanda pemerintahan YAB Datuk Ahmad Yaakob”.

“Anak guam kami menafikan dengan tegas keseluruhan pernyataan-pernyataan dalam kedua-dua hantaran berkenaan.

“Pernyataan itu adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah dan kesannya menjatuhkan imej dan reputasi baik anak guam kami selaku sebuah syarikat dan ahli perniagaan yang mempunyai nama baik di Kelantan,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Beliau berkata, menerusi saman dikemukakan itu, Al Dar Resouces menuntut ganti rugi RM50 juta iaitu RM10 juta ganti rugi am akibat penerbitan perkataan fitnah dan RM40 juta bagi ganti rugi khas akibat kehilangan pendapatan susulan penerbitan fitnah itu.

“Anak guam kami turut menuntut satu perintah mengarahkan defendan memadam semua penerbitan fitnah, satu injunksi berterusan yang menghalang defendan sama ada sendiri atau melalui ejen daripada menerbitkan semula atau menyebabkan penerbitan semula perkataan-perkataan fitnah.

“Defendan juga dituntut membuat permohonan maaf secara bertulis, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan kos guaman,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Mohd Hafizz pula menuntut ganti rugi am RM10 juta daripada defendan selain perintah-perintah injunksi sampingan seperti dinyatakan dalam saman berkenaan.

“Kami sudah menghantar notis tuntutan kepada defendan pada 12 Jun lalu, namun tidak mendapat maklum balas sebelum kami memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 21 dan 22 Jun lalu. Kedua-dua kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 13 Julai depan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Haffiz, 38, turut menegaskan segala kenyataan yang dikeluarkan Husam adalah tidak benar.

Beliau berkata, syarikatnya mendapat kelulusan kontrak daripada Daulah Najah Sdn Bhd bagi projek mengeluarkan saki-baki kayu dalam kawasan berkenaan untuk penempatan semula Orang Asli bagi pembinaan hidroelektrik Nenggiri untuk kawasan yang ditenggelamkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.