nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tadbir urus Malaysia Digital akan diselaras diperingkat tertinggi kerajaan

4 JULAI : Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) yang dilancarkan hari ini, akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pemantauan dan penambahbaikannya akan dibuat dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi, serta penganugerahan status MD.

Menerusi struktur tadbir urus baharu, MD berperanan mempercepatkan pendigitalan di seluruh negara dan memangkin bidang pertumbuhan baharu, jelasnya.

“Ia juga berperanan dalam meningkatkan penyertaan syarikat teknologi tempatan serta menarik pelaburan berpotensi, sejajar usaha merealisasikan aspirasi dan sasaran negara.

“Pada peringkat awal, dua pemangkin akan diperkenalkan di bawah MD iaitu program DE Rantau dan Digital Trade,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Malaysia Digital di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Katanya lagi, bagi memastikan pelaksanaan MD lebih berkesan, Kabinet bersetuju Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) untuk menyelaraskan tadbir urus dan operasinya, seperti penganugerahan Status MD.

“MD menerusi projek mangkin MD atau Pemangkin akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasi ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik.

“Pertama, membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat.

“Kedua, menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia’ berjaya di peringkat antarabangsa dan ketiga, menarik pelaburan bernilai tinggi,” katanya.

Beliau yakin, menerusi keutamaan berkenaan, MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia.

“Dengan kerjasama dan muafakat pelbagai pihak, inisiatif MD ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya supaya ia dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Negara juga perlu melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja digital yang berdaya saing, infrastruktur yang serba lengkap dan terus memastikan keupayaan serta kapasiti negara kita, kekal bertaraf dunia,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pemangkin dalam sektor pertanian sudah melaksanakan 10 projek perintis Digital AgTech untuk membantu petani mengadaptasi teknologi digital bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi.

Katanya, kerajaan sudah menganugerahkan Status MD kepada enam syarikat kelompok pertama iaitu Bytedance System Sdn Bhd dan Bridge Data Centres Malaysia (III) Sdn Bhd.

Selain itu, GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd, Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn Bhd, Aceteam Connect Sdn Bhd serta Peninsula Apex Technologies Sdn Bhd.

Ketika itu, tegasnya, ekonomi digital Malaysia sudah mencapai 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lalu dan dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.

“Antara sektor pesat berkembang ialah e-Dagang yang menyumbang 11.5 peratus kepada KDNK pada 2020 berbanding 8.5 peratus pada 2019.

“Nilai transaksi e-Dagang negara juga sudah mencecah RM1 trilion buat pertama kalinya tahun lalu, meningkat 21.8 peratus berbanding 2020 ” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.