nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dokumen baharu ganti MA63 tidak masuk akal – Wan Junaidi

9 JULAI: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan supaya dibuat satu dokumen baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) boleh dianggap sebagai usul yang tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata cadangan itu seumpama gesaan untuk membubarkan Malaysia kerana MA63 adalah perjanjian yang dipersetujui semua pihak ketika pembentukan Persekutuan Malaysia.

Justeru, katanya, jika ada pihak termasuk pemimpin negara masih memerlukan penjelasan lanjut berhubung MA63, mereka boleh merujuk kepada laporan Jawatankuasa Perundingan Solidariti Malaysia.

“Harus difahami, apa yang dituntut Sabah dan Sarawak ketika ini bukanlah untuk berunding semula perjanjian sedia ada tetapi menuntut perkara yang sudah dipersetujui.

“Jika kita baca MA63 itu kita boleh melihat di situ letaknya janji-janji untuk menarik Sarawak dan Sabah untuk bersama menubuhkan Malaysia,” katanya di Kuching hari ini.

Wan Junaidi berkata, antara isi kandungan perjanjian MA63 adalah memberi jaminan pembangunan di Sabah dan Sarawak setara dengan Semenanjung.

“Itulah harapan semua pemimpin kita yang menandatangani MA63 ketika itu seperti Allahyarham Tun Abang Openg, mendiang Tun Jugah, mendiang Datuk James Wong dan beberapa orang lagi.

“Harapan mereka apabila bersama membentuk Malaysia, Sarawak akan menikmati pembangunan yang sama seperti di Semenanjung,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah mencadangkan agar kepemimpinan BN negeri itu mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana termaktub dalam MA63.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.