nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan buat keputusan wartakan harga minyak masak botol

25 JULAI : Kerajaan membuat keputusan untuk mewartakan harga minyak masak sawit tulen dalam botol menerusi kaedah penentuan harga maksimum bagi mengawal dan menurunkan harganya.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan hari ini, selepas pihak industri masih ‘liat’ menurunkan harga minyak masak meskipun harga MSM kini menyusut di bawah RM3,000 satu tan.

Sehubungan itu, kata Annuar, KPDNHEP diarah meneliti mekanisme penetapan harga maksimum itu dan mewartakannya dalam tempoh kira-kira seminggu.

“Menerusi pewartaan itu, harga minyak masak sawit tulen akan tertakluk pada harga siling ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang akan ditentukan berdasarkan harga minyak sawit mentah (MSM) dunia.

“Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memutuskan, kerajaan akan mewartakan harga minyak masak sawit tulen dalam botol mengikut kaedah undang-undang sedia ada, iaitu penentuan harga maksimum.

“Ini akan dilaksanakan dengan penentuan tertentu oleh KPDNHEP, yang akan menetapkan bila tarikh harga maksimum ini diwartakan.

“Selepas diwarta, harga minyak masak sawit tulen dalam botol akan mempunyai harga maksimum yang ditentukan dari semasa ke semasa, khususnya berdasarkan harga pasaran MSM dunia,” katanya yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tan Sri Annuar Musa

Pada 16 Julai lalu, Annuar dilaporkan meminta penggerak industri minyak masak sawit menurunkan harga komoditi itu dalam tempoh dua minggu dalam satu sesi libat urus dengan kumpulan itu, susulan penurunan harga MSM di pasaran dunia.

Bagaimanapun, beliau hari ini menzahirkan kekecewaan dengan tindakan perlahan pihak industri yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat, sedangkan mereka pantas menaikkan harga minyak masak ketika harga MSM melonjak sebelum ini.

“Walaupun alasan diberi antaranya mereka sedang jual stok lama yang dibeli pada harga tinggi, ia tidak adil kerana semasa harga naik, mereka mengaut untung berikutan menjual pada harga tinggi stok yang dibeli dengan harga rendah

“Selepas dua minggu dan penurunan harga tidak berlaku, ini bermakna mekanisme sedia ada iaitu berunding dan meminta, tidak berkesan, sekali gus kerajaan perlu buat ketetapan yang lebih berkesan untuk menjaga kepentingan orang ramai,” katanya.

Ditanya kaedah penentuan harga serta sama ada ia ditentukan setiap minggu, Annuar memaklumkan perincian itu akan ditentukan oleh KPDNHEP.

“Ia berdasarkan harga MSM dunia dan dibuat penyesuaian sewajarnya bagi mengekalkan margin untung tertentu, yang penting tidak boleh ambil untung berlebihan hingga menyebabkan rakyat membayar harga lebih mahal berbanding sepatutnya.

“Kaedah ini juga bukan mengapung harga, tapi penentuan harga maksimum. Ertinya boleh jual lebih murah daripada harga ditetapkan, tapi tak boleh lebih daripada kadar yang diwartakan KPDNHEP,” katanya.

Sementara itu, berhubung penyeludupan minyak masak ke luar negara, Annuar berkata, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dimaklumkan ada minyak masak tanpa subsidi yang turut dijual dalam paket polibeg ke negara jiran.

Katanya, perkara itu menimbulkan kekeliruan, khususnya dalam mengenal pasti minyak masak bersubsidi yang diseludup dengan minyak masak yang dieksport secara sah.

“Ada pihak dapat kebenaran mengeksport minyak masak tanpa subsidi dalam bentuk polibeg, jadi kita arah hentikan sebarang bentuk eksport minyak masak dalam bentuk polibeg kerana ia menimbulkan kekeliruan, berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.