nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pihak berkuasa Britain tahan lelaki disyaki ada kaitan dengan Daesh

11OGOS : Seorang individu dikaitkan dengan Daesh di tahan di Britain, manakala seorang pemimpin militan itu meletupkan diri di Syria dalam dua kejadian berasingan, semalam.

Di Britain, polis menahan seorang individu berusia 38 tahun di Lapangan Terbang Luton semalam, selepas lelaki itu disyaki terbabit dengan keganasan.

Menurut kenyataan polis, lelaki itu ditahan atas kesalahan mengikut seksyen 15, 17 dan 57 Akta Keganasan 2000, dan di bawa ke stesen polis London.

BBC melaporkan, individu yang ditahan adalah Aine Davis, yang didakwa menjadi sebahagian sel Daesh yang membunuh tebusan dengan memenggal kepala mereka.

Kumpulan dengan empat anggota itu yang bersama Daesh di Syria, dikenali sebagai ‘The Beatles’ dalam kalangan tebusan kerana memiliki loghat British.

Menurut BBC, Davis yang berasal dari London, terbang ke Lapangan Terbang Luton susulan dibebaskan dari penjara di Turki, selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun setengah selepas disabit kesalahan berkait keganasan.

Sementara itu di Damsyik, seorang pemimpin Daesh meletupkan dirinya sendiri di selatan Syria selepas dikepung tentera kerajaan.

Agensi berita SANA yang memetik sumber, melaporkan tentera keselamatan menjalankan operasi khas di Daraa, yang membawa kepada kematian ‘pengganas Abu Salem al-Iraqi’.

SANA melaporkan, Abu Salem mengaktifkan tali pinggang berisi bahan letupan selepas dikepung dan tercedera. Menurut sumber, Abu Salem adalah ketua tentera militan pengebom berani mati itu di selatan Syria.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain dan memiliki jaringan sumber yang luas di lapangan, memaklumkan Abu Salem maut Selasa lalu.

Abu Salem dilaporkan bersembunyi di kawasan itu sejak 2018, dan terbabit dalam beberapa siri pembunuhan dan serangan di sana. – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.