nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

14 terbunuh dalam serangan Russia berhampiran loji nuklear

11 OGOS : Ukraine dan pemberontak pro-Russia berbalas tuduhan melancarkan serangan terhadap sasaran bukan tentera sehingga menyebabkan orang awam terkorban.

Di Kyiv, Ukraine menuduh Russia melancarkan serangan roket yang membunuh 14 orang awam di kawasan berhampiran loji nuklear, ketika G7 memberi amaran bahawa kawalan Russia di fasiliti itu membahayakan wilayah berkenaan.

Gabenor Dnipropetrovsk, Valentin Reznichenko, memaklumkan serangan sepanjang malam di wilayah itu meragut 13 nyawa dan mencederakan 11 yang lain, dengan lima dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Ia adalah malam yang teruk. Saya mohon dan merayu, jangan biarkan Russia membunuh kamu,” katanya menerusi Telegram, dan menggesa penduduk ke tempat persembunyian apabila mendengar siren serangan udara dibunyikan.

Sementara itu, Gabenor Zaporizhzhia, Oleksandr Starukh, menerusi Telegram memaklumkan, seorang wanita maut akibat serangan peluru berpandu Russia di sebuah kampung di wilayah itu.

Kebanyakan korban berlaku di bandar Marganets yang terletak seberang Sungai Dnipro dari loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, yang terbesar di Eropah.

Ukraine mendakwa Russia menempatkan ratusan anggota tentera dan menyimpan bekalan peluru di loji nuklear itu selepas menawannya pada 4 Mac lalu, tidak lama selepas pencerobohan bermula.

Ketegangan di loji itu mengimbau memori bencana nuklear Chernobyl 1986 di Soviet Ukraine, yang meragut ratusan nyawa dan menyebarkan pencemaran radioaktif di hampir seluruh Eropah.

Sementara itu di Donetsk, kumpulan pemisah pro-Russia mendakwa Ukraine menyerang sebuah kilang minuman keras di bandar Donetsk semalam, meragut satu nyawa dan menyebabkan kebocoran ammonia, lapor agensi berita Interfax.

Kementerian Kecemasan di Republik Rakyat Donetsk, memaklumkan satu serangan pada waktu malam kena pada saluran ammonia, menyebabkan kebakaran sehingga menjangkau kawasan seluas 600 meter persegi.

Gambar Reuters di lokasi kejadian menunjukkan api menjulang tinggi di satu bahagian bandar itu dengan anggota bomba bertopeng cuba memadamkannya, manakala satu lagi gambar menunjukkan mayat di atas tanah.

Kementerian Pertahanan Ukraine belum memberi maklum balas ketika diminta mengulas kejadian itu. – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.