nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia minat dalami penggunaan kanabis untuk perubatan

24 OGOS : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia berminat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kanabis terutama dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal untuk kegunaan perubatan.

Beliau berharap agar Malaysia dan Thailand akan terus saling bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikal untuk memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan.

“Pegawai kami (Malaysia dan Thailand) masih meneruskan pertukaran maklumat teknikal supaya kami lebih memahami bukti klinikal penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan serta kerangka kerja pengawalseliaan baharu,” katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatannya, Anutin Charnvirakul, di sini, hari ini.

Khairy dalam lawatan kerja empat hari atas undangan Anutin, yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand.

Khairy terdahulu melawat Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan diberi taklimat mengenai dasar perubatan kanabis di Thailand, termasuk amalan, kaedah penanaman dan penyelidikan serta penggunaan kanabis dan ketum untuk tujuan kesihatan.

Pada 9 Jun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk perubatan.

“Kita turut berbincang mengenai potensi dan peluang Thailand membekalkan Malaysia produk kanabis melalui GPO untuk tujuan penyelidikan klinikal bagi keselamatan dan keberkesanan penggunaan produk kanabis.

“Saya turut meminta Anutin mengkaji kemungkinan Malaysia membekalkan Thailand dengan daun dan pokok ketum mentah,” ujarnya lagi.

Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada Anutin yang mempelawanya mengetahui potensi penggunaan kanabis dan ketum serta kerangka kerja undang-undang untuk kegunaan perubatan.

“Tahniah kepada Anutin dan Kementerian Kesihatan Awam Thailand yang berjaya mengubah kanabis menjadi sesuatu yang membawa manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat Thailand,” katanya.

Beliau berkata, penanaman kanabis menawarkan sumber pendapatan baharu untuk petani dan orang ramai.

Ditanya sama ada Malaysia bercadang membenarkan penggunaannya untuk tujuan perubatan, Khairy berkata “jika ada bukti klinikal yang membolehkannya.

“Antara ilmu penting yang diperoleh daripada pengalaman di Thailand ialah mengenai data klinikal dan data yang dikumpul sejak penggunaan kanabis untuk perubatan.

“Sekiranya berpuas hati dengan data itu, ia akan mempengaruhi kami membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya.

Beliau berkata langkah Thailand menerajui usaha membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan ialah contoh yang baik di rantau ASEAN dengan negara anggota lain boleh menggunakan data yang ada bagi merangka dasar.

Sementara itu, Anutin berharap dapat berkongsi pengalaman Thailand dalam perubatan kanabis dengan Khairy dan Malaysia.

Terdahulu, Khairy melawat Hospital Antarabangsa Bumrungrad, antara hospital swasta terbesar di Asia Tenggara, untuk mempelajari amalan terbaik dalam pelancongan perubatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.