nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembohongan Rafizi jejas keselamatan negara: Dr Latiff

26 OGOS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Khas), Datuk Dr Latiff Ahmad meminta  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi bersikap lebih jujur dalam berpolitik.

Tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini, Rafizi bukan sahaja tidak jujur, malah dengan sengaja membuat fitnah apabila menyembunyikan fakta terdapat laporan forensik sebenar yang ditandatangani oleh Alliance yang secara jelas tidak menyebutkan bahawa Zainab ialah isteri kedua beliau.

“Andaikata saudara Rafizi betul betul yakin bahawa Zainab Binti Mohd Salleh ialah isteri kedua saya, maka sila kemukakan bukti.

“Sebagai anggota kabinet, saya bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran apa yang saya katakan. Hentikanlah menabur fitnah,” tegasnya.

Kata Abd Latiff lagi, pembohongan Rafizi itu bukan sahaja menipu masyarakat, tetapi juga menggugat keyakinan rakyat kepada pemerintah sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, bila mana penjelasan yang perlu dibuat mendedahkan rahsia aset pertahanan negara kepada pengetahuan umum.

Modal fitnah Rafizi menurut Abd Latiff adalah kononnya terdapat satu laporan forensik oleh Alliance IFA (M) Sdn Bhd (Alliance) kepada Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC).

“Rafizi mentohmah bahawa saya mempunyai seorang isteri kedua bernama Zainab Binti Mohd Salleh yang mendapat kontrak pertahanan puluhan juta ringgit dengan Kementerian Pertahanan bagi Littoral Combat Ship (LCS) semasa saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.

“Jadi apa jua perbuatan Zainab, dikaitkan sebagai perbuatan salahlaku saya,” katanya lagi.

Rafizi juga menurutnya telah menggunakan satu laporan forensik oleh Alliance sedangkan dokumen tersebut hanya merupakan satu deraf yang tidak ditandatangani dan yang tidak dapat disahkan kandungannya.

“Rafizi juga menyelindungkan fakta bahawa pendahuluan laporan forensik tersebut secara jelas memberikan amaran “Notice to the Reader” seperti berikut:

“In compiling this report, we have relied on oral and documentary representations made to us by people associated with the issues relating to our review. We were unable to assess the veracity of these representations,” ujarnya.

Abd Latiff berkata, menjelang PRU-15 yang dijangkakan tidak lama lagi, beliau kini dijadikan bahan serangan saudara Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR.

Jelasnya, permainan politik Rafizi amat mudah iaitu dia/PKR cuba menunjukkan pemimpin BERSATU juga korup dan tidak layak dipilih pada PRU15.

“Walaupun saya telah memberikan penjelasan, Rafizi masih berterusan dengan pembohongannya.

“Saya tidak mempunyai sebarang isteri atau bekas isteri yang bernama Zainab Binti Mohd Salleh justeru apa jua perbuatan Zainab tidak mempunyai kaitan dengan saya;

“Saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013 dan tarikh kontrak LCS kepada BNS dibuat pada 17 Julai 2014.

“Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam kontrak LCS tersebut dan keluarga saya tidak mendapat sebarang kontrak pertahanan atau pembekalan dengan Kementerian Pertahanan semasa saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.