nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

86 kawasan di Kuantan bakal alami gangguan bekalan air mulai Selasa

1 SEPT : Sebanyak 86 kawasan di Kuantan ini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 12 tengah hari Selasa ini berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Rumah Pam Kobat yang perlu dilaksanakan bagi meningkat lagi kapasiti dan kualiti perbekalan air di Kuantan pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, kerja ini membabitkan penyelenggaraan paip air mentah jenis “Mild Steel Cement Lining” (MSCL) bersaiz 1,500 milimiter (mm) dan pemasangan pam air mentah baharu berkapasiti lebih besar serta kadar keberkesanan lebih tinggi.

Bagaimanapun, tidak semua kawasan terbabit secara keseluruhan kerana pihaknya masih mempunyai paip air mentah tambahan bersaiz 1,600mm, jelasnya.

“Kerja penyelenggaraan ini dijangka mengambil masa 12 jam dan PAIP akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan tempoh gangguan itu dan sebagai persediaan kerja awalan dilaksanakan bagi memastikan tempoh gangguan minimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kawasan dijangka mengalami gangguan air adalah seluruh Beserah hingga sempadan Chendor termasuk Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) , Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating dan Kubang Ikan.

Selain itu, seluruh kawasan Industri Gebeng FASA I, II, III, MCKIP, dan seluruh kawasan Pelabuhan Kuantan, selain seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu dan kawasan industri Semambu.

Turut terkesan Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, dan Kelab Golf Diraja.

Mengulas lanjut, Saiful Zaini berkata, bekalan air dijangka disalurkan kepada pengguna selepas 12 jam sehingga 48 jam secara berperingkat selepas kerja penyelenggaraan siap sepenuhnya dan sistem agihan bekalan air distabilkan.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas juga berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“PAIP juga akan menyediakan bantuan alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

“Pemakluman notis ini diharap dapat memberikan persediaan awal kepada pengguna menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.