nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan kes rasuah Rosmah diketahui hari ini

1 SEPT : Keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansur berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak akan diumumkan hari ini sama ada beliau akan dibebaskan atau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dijangka mengumumkan keputusan kes perbicaraan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu pada jam 9 pagi

Bagaimanapun, Rosmah telah memfailkan permohonan di saat-saat akhir supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan ke atas kes itu berikutan dakwaan berlaku kebocoran dokumen penghakiman kes beliau yang disediakan pihak lain dan ditularkan di media massa dan elektronik, 26 Ogos lepas.

Difahamkan Mahkamah Tinggi akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu, hari ini.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah, 70, diarahkan membela diri ke atas tiga pertuduhan dihadapinya setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Rosmah, berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rasuah terbabit didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram sementara Peguam Datuk Jagjit Singh mengetuai pihak pembelaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.