nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertikai perintah tahanan rumah Najib menjurus ingkari titah Agong

7 NOV : Istana Negara menegaskan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjurus kepada tindakan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, semua syarat yang ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi, justeru tiada alasan untuk mempertikaikan pelaksanaannya.

“Perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.

“Tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan,” titah baginda melalui satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Semalam, Najib disahkan sudah melunaskan denda RM50 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah sesuai pengampunan bersyarat diterima pada 18 September lalu.

Namun, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Sultan Ibrahim itu.

Menurut AGC, penangguhan dibuat susulan timbul persoalan perundangan berhubung tafsiran perintah itu, khususnya mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.

AGC berkata, terdapat dua interpretasi perlu diberikan penelitian lanjut iaitu pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda dan hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028.

Sementara itu, Istana Negara menergaskan kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu lagi.

Istana Negara memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara yang memberikan nasihat sewajarnya kepada Sultan Ibrahim.

Susulan itu, Sultan Ibrahim memerintahkan supaya Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

*Foto : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Get real time updates directly on you device, subscribe now.