nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembinaan empangan sabo di Baling akan disemak semula – PM

1 SEPT : Kerajaan telah meluluskan projek tebatan banjir di seluruh daerah Baling bagi memastikan masalah berkaitan banjir dapat diatasi secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, beliau akan menyemak semula pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas di Baling dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

“Ini kerana kawasan Baling tidak termasuk dalam kawasan yang sering dilanda banjir besar seperti beberapa kawasan lain terutama di Pahang.

“Tetapi dari segi perancangan memang ada (rancangan untuk bina empangan sabo di kaki Gunung Inas) tetapi saya akan ‘check’ dengan KASA, kerana mesyuarat sebelum ini ada perancangan untuk membina dua empangan sabo di Baling, jadi saya akan ‘check’ balik keputusan itu.

“Pembinaan itu juga akan melibatkan kajian berdasarkan keutamaan banjir tahunan, dan sebenarnya projek tebatan banjir di seluruh Baling, kerajaan sudah luluskan, kontraktor pun sudah dilantik.

“Mungkin tebatan banjir ini boleh selesaikan secara keseluruhan masalah banjir di Baling dan tak perlu ‘sabo dam’,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Doa Selamat sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan serta Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian pada Khamis.

Terdahulu, dalam majlis yang sama, Perdana Menteri menyarankan kerajaan negeri Kedah untuk memberi perhatian khusus dan mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kerisuan penduduk di kawasan Kampung Iboi berhubung kewujudan tiga kolam takungan di puncak Gunung Inas.

“Isu (melibatkan) kolam itu perlu diselesaikan (dalam waktu terdekat), kalau tidak (apabila) kita bina rumah (untuk penduduk Kampung Iboi yang berada di sepanjang sungai), (dan selepas) siap rumah, kalau kolam itu pecah, (saya) bimbang berlaku banjir yang lebih teruk dari yang pernah berlaku.

“Saya akan minta kerajaan negeri untuk ambil tindakan yang sewajarnya, macam mana Kerajaan Kedah mahu laksanakan, itu terserah kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memandangkan ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Demi keselamatan penduduk, saya akan bincang segera dengan YAB MB supaya ambil tindakan segera,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menegaskan tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas, tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah.

Beliau berkata, tindakan meroboh kolam itu juga tidak perlu kerana berdasarkan laporan Pasukan Khas Siasatan Bencana Tragedi Baling, ia dilihat tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.