nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan pastikan tiada yang terpinggir nikmati pembangunan negara

2 SEPT : Kerajaan menjadikan agenda untuk membangunkan seluruh pelusuk negara sebagai keutamaan, termasuk di Kedah, bagi memastikan tiada ahli Keluarga Malaysia yang terpingggir daripada nikmat pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah mengambil langkah responsif dan proaktif melalui pelbagai
pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia

“Negeri Kedah turut merasai nikmatnya apabila kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), melaksanakan projek strategik berimpak tinggi yang berjaya
menarik pelaburan bernilai lebih RM37.21 bilion, sekali gus mewujudkan lebih 36,717 peluang pekerjaan baharu di negeri Kedah,” katanya.

Kerajaan juga menurut Ismail Sabri,  sentiasa peka dan prihatin akan kepentingan jalinan jalan raya yang sempurna untuk memudahkan Keluarga Malaysia khususnya di negeri Kedah, untuk menjalankan kegiatan harian dengan selamat dan selesa.

“Bagi kelancaran aliran trafik dan meminimumkan tempoh perjalanan, Kerajaan membelanjakan RM425 juta untuk menaik taraf laluan tujuh dari persimpangan Lencongan Barat ke persimpangan Tiga Kemboja, selain
memperuntukkan RM526 juta untuk menaikkan taraf jalan persekutuan Gerik/Kupang/Lunas.

“Kerajaan juga akan menggantikan Jambatan Manjalara di Kota Setar yang telah uzur, dengan jambatan baharu bagi memastikan lalu lintas lebih sistematik, untuk kemudahan Keluarga Malaysia,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Darul Aman, Kedah hari ini.

Selain itu, menyedari pentingnya pendidikan terhadap masa depan Keluarga Malaysia di Negeri Kedah, Perdana Menteri berkata sebanyak RM1.13 bilion melibatkan 109 projek baharu dan sedia ada telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan.

Begitu juga dengan bantuan kepada usahawan luar bandar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang mana menurut Ismail Sabri turut diberikan keutamaan.

“Melalui Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start, seramai 156 orang peserta telah menerima manfaat, dengan nilai kelulusan sebanyak
RM780,000.

“Di samping itu, Program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa(SPED) patuh syariah, turut menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000 kepada usahawan luar bandar, melalui agensi pelaksana Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
(BKRM) dan Small Medium Enterprise Development Bank (SME Bank).

“Program Start Right (PSR) @KPLB telah diperkenalkan, untuk memberi peluang kepada belia luar bandar dalam kumpulan B40. Dengan bantuan sebanyak RM10 ribu,  penerima boleh memulakan perniagaan berdasarkan bidang
kemahiran masing-masing,” katanya lagi.

Kerajaan juga katanya telah memperkenalkan inisiatif program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),dengan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

“Bagi memenuhi inisiatif ini, sebanyak 844 unit rumah kini dibina dan dibaik pulih di negeri Kedah, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM15.702 juta yang memanfaatkan lebih 4,220 ahli isi rumah luar bandar,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, Kerajaan juga cakna dalam meningkatkan fasiliti perubatan, dan tahap kesihatan Keluarga Malaysia termasuk di negeri Kedah.

Di bawah peruntukan RP4, RMK12, Kerajaan menurut beliau telah merancang untuk membina sebuah Pusat Kanser Wilayah Utara (PKWU) yang terletak di Sungai Petani.

“Selain itu, bagi meminimumkan kesan bencana banjir di Kedah, Kerajaan komited melaksanakan sebanyak tujuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dalam RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion, termasuk di Sungai Pendang; Sungai Kedah/Anak Bukit; Baling, Kuala Pegang
dan Bandar Jitra Selatan.

“Sebanyak RM239 juta juga telah diperuntukkan bagi pembinaan rangkaian sistem pembetungan di seluruh negeri Kedah, yang merangkumi 28 loji kumbahan di premis kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.