nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pewartaan pemecatan 2 Undang Luak didakwa tidak sah

29 OKT : Pewartaan pemecatan Datuk Mubarak Thahak sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Datuk Maarof Mat Rashad sebagai Undang Luak Jelebu didakwa tidak sah serta tidak mempunyai kesan undang-undang.

Dakwaan itu dibuat Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar bersama Undang Yang Empat, termasuk tiga yang kedudukannya dipertikaikan serta Tunku Besar Tampin dalam satu kenyataan media bersama, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pewartaan tersebut dikeluarkan tanpa kelulusan sah daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN) dan bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

“Bahawasanya kami menegaskan warta tersebut adalah tidak sah, tiada kesan undang-undang dan bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta dibuat untuk mengelirukan masyarakat.

“Kami percaya warta tersebut juga dikeluarkan tanpa kelulusan yang sah daripada MMKN yang merupakan badan sah eksekutif negeri selaras Perkara 35 dan Perkara 40 UUTKNS 1959,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Kerajaan Negeri Sembilan mewartakan pemecatan dua Undang yang kedudukannya dipertikaikan serta mengiktiraf pelantikan pengganti bagi jawatan Undang Rembau dan Undang Sungei Ujong.

Menerusi pewartaan berkenaan, Datuk Mubarak Thahak dipecat daripada jawatan Undang Sungei Ujong berkuat kuasa 13 Mei 2025, manakala Datuk Maarof Mat Rashad dilucutkan jawatan Undang Jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023.

Turut diwartakan ialah pemecatan Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid sebagai Syahbandar Sungei Ujong, jawatan yang berfungsi sebagai pengimbang kuasa terhadap Undang di luak berkenaan.

Dalam kenyataan sama, mereka mendakwa warta berkenaan tidak boleh mengesahkan atau memuktamadkan keputusan yang bercanggah dengan UUTKNS 1959 serta cacat dari segi adat.

Mereka turut mendakwa tiada sidang Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang sah dan memenuhi syarat kuorum dapat diadakan selepas 17 April 2026, susulan injunksi ad-interim Mahkamah Tinggi Seremban yang menghalang ahli asal dan sah DKU daripada mengadakan atau menghadiri sebarang persidangan.

Menurut mereka, ahli DKU yang sah ketika itu ialah Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin serta Dato’ Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Badarudin Abdul Khalid.

Kenyataan itu turut merujuk Perkara 16(3) UUTKNS 1959 yang, menurut mereka, menetapkan sekurang-kurangnya empat ahli bersidang tidak termasuk pengerusi bagi membolehkan keputusan dibuat secara sah.

Sehubungan itu, mereka mendakwa sidang DKU pada 31 Julai 2026 tidak memenuhi kuorum kerana hanya Tunku Besar Seri Menanti yang dianggap ahli tetap yang sah hadir, manakala kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut dipertikaikan.

“Oleh itu, bilangan ahli tetap yang perlu bersidang termasuk pengerusi adalah sekurang-kurangnya lima orang.

“Maka sidang DKU pada 31 Julai 2026 adalah tidak memenuhi kuorum kerana hanya Tunku Besar Seri Menanti yang merupakan ahli tetap yang sah hadir pada sidang tersebut dan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pula dipertikaikan kerana telah diturunkan oleh Undang Yang Empat pada 19 April 2026,” menurut kenyataan itu.

Mereka seterusnya mendakwa persidangan pada tarikh berkenaan melanggar perintah injunksi ad-interim bertarikh 5 Jun 2026 yang menghalang sebarang sidang DKU sehingga permohonan di Mahkamah Tinggi Seremban diputuskan.

Mereka turut mempersoalkan tindakan Tuanku Muhriz mengarahkan bekas Setiausaha DKU mewartakan keputusan persidangan berkenaan dengan mendakwa Tuanku Muhriz tidak lagi boleh menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Besar sejak 15 September 2026, berdasarkan pengumuman rasmi MMKN.

Menurut kenyataan itu, Setiausaha DKU Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin juga sudah ditamatkan perkhidmatan sebagai Setiausaha DKU pada 17 September 2026 oleh Tunku Nadzaruddin.

Mereka mendakwa kedua-dua pihak tidak mempunyai kedudukan undang-undang (locus standi) untuk mengarahkan atau melaksanakan pewartaan berkaitan hal ehwal DKU.

“Oleh yang demikian, status quo Undang Luak adalah kekal sebagaimana sebelum 17 April 2026,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.