nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada keperluan tambah syarat baharu calon PRU

6 SEPT : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tiada keperluan menambah syarat-syarat baharu bagi calon pilihan raya khususnya individu yang masih dibicarakan di mahkamah.

Kata Wan Junaidi menerusi satu kenyataan hari ini berkata, syarat-syarat bagi pencalonan pilihan raya sedia ada seperti yang termaktub dalam Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan sudah mencukupi.

“Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika individu itu didapati bersalah dan dihukum, dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas akan hilang kelayakan.

“Perkara ini juga perlu dibaca bersama dengan Perkara 48 (5) berkaitan penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya yang mencadangkan kerajaan agar mengetatkan syarat kelayakan calon bertanding bagi mana-mana pilihan raya termasuk melarang individu sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah.

Justeru katanya, jika syarat-syarat berkenaan ditambah, ia akan kembali ke era 90-an iaitu melibatkan proses pencalonan pilihan raya yang rumit.

“Adalah wajar kita berpandu kepada undang-undang sedia ada yang sememangnya lengkap dan mencukupi untuk proses pencalonan pilihan raya,” ujarnya.

Mengulas mengenai individu yang telah dipilih menjadi ahli Parlimen, kata Wan Junaidi, keahliannya tidak akan tergugur melainkan syarat-syarat sebagai mana yang ditentukan di bawah Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan ahli Parlimen telah dihukum dan belum mendapat pengampunan.

“Mengikut Perkara 48 (4) (c) apabila proses yang terakhir iaitu proses pengampunan gagal, maka barulah keahlian ahli Parlimen tersebut tergugur dengan sendirinya,” tambah beliau lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.