nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

India, China luluskan pemberian vaksin COVID-19 secara sedutan

7 SEPT : India dan China meluluskan pendekatan baharu pemberian vaksin COVID-19 tanpa menggunakan jarum suntikan, masing-masing membabitkan semburan ke dalam hidung dan sedut melalui mulut.

Semalam, pengawal selia di India membenarkan vaksin versi hidung oleh Bharat Biotech, diberikan sebagai pilihan kepada golongan yang belum mendapatkan imunisasi virus itu.

“Langkah ini akan mengukuhkan lagi usaha kolektif kita untuk memerangi pandemik ini,” kata Menteri Kesihatan India, Mansukh Mandaviya, melalui Twitter.

Setakat ini, tidak jelas sejauh mana keberkesanan kaedah baharu itu, dengan Bharat dilapor belum mengeluarkan hasil kajiannya atau memaklumkan bila pilihan berkenaan akan dilaksanakan.

Sementara itu pada Ahad lalu, CanSino Biologics pula mengumumkan pengawal selia China telah meluluskan versi sedut bagi vaksin COVID-19 oleh syarikat itu, digunakan sebagai dos penggalak.

Syarikat itu menunjukkan keputusan awal kajian yang mencadangkan versi sedut terbabit dapat mempertingkatkan perlindungan imun selepas satu sedutan. Namun buat masa ini, belum jelas sama ada ia bermaksud keberkesanan yang lebih baik ataupun bila pemberian dos penggalak melalui kaedah sedut itu akan dilaksanakan.

Kaedah imunisasi tanpa jarum suntikan semakin diterokai sebagai strategi untuk meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19, khususnya vaksin versi hidung yang dicipta bagi menangkis virus itu tepat pada saluran ia memasuki tubuh badan manusia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir sedozen calon vaksin sedang berada pada pelbagai peringkat ujian di seluruh dunia, dan inisiatif oleh CanSino merupakan satu daripada dua calon vaksin versi sedut yang sedang dibangunkan.

Vaksin versi hidung di India dibangunkan oleh saintis di Washington University in St Louis, sebelum dilesenkan kepada pengeluar vaksin negara itu, Bharat Biotech. Syarikat berkenaan melaksanakan dua ujian, iaitu memberi dua dos vaksin itu kepada 3,100 individu sukarela yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 sebelum ini dan sebagai dos penggalak bagi kira-kira 875 penerima sukarela yang sudah mempunyai dua suntikan imunisasi terbabit.

Bharat juga sedang berusaha mendapatkan kelulusan untuk vaksin semburan ke dalam hidung itu diberikan sebagai dos penggalak kepada dua per tiga daripada penduduk di India yang sudah menerima imunisasi.

Menurut pakar yang membantu menghasilkan vaksin dilesenkan kepada Bharat itu, Dr Michael Diamond di Washington University in St. Louis, pemberian vaksin secara semburan ke dalam hidung berkemungkinan lebih mudah berbanding suntikan, terutama di negara miskin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.