nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perolehi pelaburan RM77.25 bilion menerusi Ekspo Dubai 2020

14 SEPT : Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai telah membuka peluang kepada 426 buah syarikat tempatan termasuk syarikat pemula, serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana mengembangkan sayap perniagaan mereka ketika dunia sedang berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran yang ditetapkan Kerajaan adalah untuk mencapai antara RM8 bilion hingga RM10 bilion pulangan perdagangan dan pelaburan sepanjang enam bulan penyertaan ke ekspo itu.

“Alhamdulillah saya dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia berjaya melepasi sasaran itu sebanyak tujuh kali ganda dengan potensi perdagangan dan pelaburan keseluruhannya berjumlah RM77.25 bilion.

“Secara keseluruhannya, Pavilion Malaysia telah menerima sejumlah 1.2 juta pengunjung, malah disenaraikan sebagai satu daripada lima pavilion paling hijau dan merupakan antara tujuh pavilion paling digemari oleh media antarabangsa.

“Selain itu, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi memaksimumkan peluang perdagangan dan perniagaan, Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.

“Kejayaan ini diraih melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian dan Surat Niat melibatkan syarikat-syarikat serta pihak-pihak luar termasuk dari Amerika Syarikat, China, Emiriah Arab Bersatu – India United Kingdom dan Qatar,” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di Hotel Majestic malam ini.

Ismail Sabri berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di Hotel Majestic hari ini.

Pavilion Malaysia menurut Ismail Sabri lagi menunjukkan kepada dunia bagaimana penggunaan sains, teknologi dan inovasi diterapkan dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan hijau seperti menggabungkan ciri-ciri hijau seperti tadahan air hujan, teknologi solar dan bahan binaan terpakai dengan karbon rendah dan boleh dikitar semula.

“Kesemua ini membuktikan manusia boleh hidup secara harmoni dengan mengekalkan alam semula jadi dan menimbulkan kesedaran global tentang dunia dan tanggungjawab bersama kita dalam mentadbirkannya,” ujarnya.

Perdana Menteri juga mengharapkan semangat dan legasi yang ditinggalkan akan berkekalan dan menjulang semangat negara untuk tampil dengan pelbagai idea baharu pada ekspo akan datang.

“Saya yakin, impak penyertaan di Ekspo 2020 Dubai akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan pembentukan negara pada masa hadapan apabila kerjasama perdagangan yang diperoleh termasuklah rumah pintar hijau, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pertanian, tenaga bersih dan banyak lagi penyelesaian masa depan.

“Pavilion Malaysia menjadi lambang kejayaan Keluarga Malaysia apabila nilainya diterjemahkan kepada pelan tindakan yang kukuh serta sikap bersatu-padu dalam mencapai keharmonian, kemajuan, kemampanan dan kestabilan.

“Justeru, Kerajaan akan terus komited dalam memastikan dasar kerajaan mengutamakan keperluan untuk memelihara kekayaan biodiversiti negara serta kepesatan
pembangunan adalah mesra alam bagi manfaat generasi akan datang.

“Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua terlibat atas anugerah dan pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Pavilion Malaysia,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.