nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pegawai AKPS kantoi bawa masuk warga asing, didedah orang bawahan

23 NOV : Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditahan selepas pegawai bawahannya sendiri mengesan perbuatan itu, yang disyaki membantu kemasukan seorang wanita warga asing ke negara ini secara haram.

Pegawai wanita berbangsa India itu kemudian tampil melaporkan salah laku membabitkan pegawai atasannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan individu yang ditahan itu merupakan pegawai agensi berkenaan dan memuji keberanian pegawai wanita terbabit yang disifatkan mampu menjadi pencetus perubahan budaya kerja serta integriti dalam organisasi.

Menurutnya, tindakan pegawai berkenaan wajar dihargai kerana sanggup mendedahkan salah laku meskipun membabitkan pegawai atasannya sendiri.

“Saya akan menemui beliau dalam masa terdekat ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih… keberanian seperti ini yang kita perlukan.

“AKPS hanya memerlukan seorang individu untuk mengubah apa yang sedang berlaku di lapangan. Keberanian seperti ini adalah titik permulaan kepada perubahan yang ingin kita bawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penajaan Inisiatif Sang Perkasa AKPS di Zoo Negara, hari ini.

Mohd Shuhaily turut memberi jaminan akan sentiasa berdiri di belakang pegawai wanita itu dan melindunginya daripada sebarang tekanan susulan tindakan berkenaan.

“Beliau sedang melawan arus dan saya akan sentiasa ada bersama beliau untuk mempertahankannya. Itulah janji saya kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap penahanan pegawai berkenaan dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kemungkinan wujud rangkaian lebih besar yang terbabit dalam kegiatan jenayah berkenaan.

“Saya lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan PDRM dalam isu ini. Tangkap berapa ramai pun yang mahu ditangkap. Saya rasa sudah cukup, rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kegiatan seperti ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai modus operandi kegiatan terbabit, termasuk kemungkinan wujud pengaturan kaunter imigresen atau ‘counter setting’, kerana siasatan masih dijalankan.

Pada 17 November lalu, seorang pegawai AKPS membuat laporan polis berhubung kemasukan seorang wanita warga asing tanpa dokumen perjalanan sah menerusi kaunter imigresen di balai ketibaan KLIA Terminal 2.

Polis kemudian membuka kertas siasatan terhadap penjawat awam berusia lingkungan 40-an itu yang kemudiannya ditahan mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) bagi membantu siasatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.