nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ringgit ditutup tinggi setelah 6 hari catat penurunan

21 SEPT : Ringgit meningkat semula selepas enam hari berturut-turut mengalami penurunan untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong minat belian diperbaharu dan kenaikan harga minyak mentah, menjelang keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.5520/5550 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 ketika ditutup pada Selasa.

Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras pasaran melonjak 2.33 peratus kepada AS$92.73 satu tong.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata pelabur dijangka mengikuti rapat pergerakan dolar AS memandangkan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat kukuh di sepanjang keluk.

“Selain itu, kelegaan dan sokong kepada aset berisiko dapat dilihat di seluruh papan jika Fed tidak memutuskan kadar faedah tinggi selain menangguhkan retorik baru-baru ini untuk cuba melaraskan harga pasaran ketika ini dalam kitaran pengetatan,” katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Di peringkat tempatan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kadar pertukaran ringgit yang fleksibel merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik, meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global tidak menentu.

Beliau berkata kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS pada masa ini kerana langkah itu mempunyai risiko dan trade off yang besar.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1633/1656 daripada 3.1725/1734 ketika ditutup pada Selasa, serta meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2217/2243 daripada 3.2341/2353.

Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1629/1663 daripada 5.2049/2060 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.5197/5227 daripada 4.5608/5618- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.