nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Putin isytihar empat wilayah Ukraine jadi milik Russia

30 SEPT : Presiden Russia, Vladimir Putin, mengisytiharkan empat wilayah Ukraine menjadi milik negara itu hari ini.

Putin mempengerusikan sendiri pemeteraian perjanjian berhubung ‘kemasukan wilayah baharu ke dalam Persekutuan Russia’, tiga hari selepas selesai pungutan suara yang berlangsung secara tergesa-gesa.

Keadaan itu berlaku apabila proksi Moscow di wilayah yang diduduki mendakwa memperoleh majoriti sehingga 99 peratus memihak kepadanya untuk menyertai Russia.

Bagaimanapun, kerajaan Ukraine dan Barat menyifatkan undi berkenaan sebagai palsu, tidak sah dan dijalankan secara paksaan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, semalam berkata referendum palsu Kremlin adalah usaha sia-sia untuk menutup percubaan merampas tanah di Ukraine.

Moscow membalasnya dengan menegaskan rakyat memilih dengan bebas untuk kembali ke tanah air bersejarah mereka.

Upacara pengisytiharan itu berlaku lapan tahun selepas Russia merampas Crimea dari Ukraine, berikutan pencerobohan dan proses pengundian yang sama.

Pengisytiharan itu berlangsung pada jam 3 petang waktu tempatan di Dewan St George, Istana Grand Kremlin dengan plak mamar gah berukiran emas sebagai memperingati wira tentera Russia.

Di sebaliknya kejayaan mengilhakan wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson, ia juga dikatakan detik berbahaya buat Putin.

Walaupun menguasai sebahagian besar wilayah Luhansk dan Kherson, Russia hanya menguasai kira-kira 60 peratus daripada Donetsk dan 70 peratus Zaporizhzhia, di mana berlaku pertempuran terlalu hampir dengan loji nuklear terbesar di Eropah.

Pengilhakan yang tergesa-gesa bermaksud barisan hadapan Ukraine akan melalui wilayah diisytihar Russia sebagai miliknya dan Putin dikatakan bersedia untuk mempertahankannya dengan senjata nuklear jika perlu.

Kenyataan Putin disambut dengan pelbagai reaksi oleh beberapa ahli politik Barat yang menganggapnya sebagai bohong.

AS juga memberi amaran kepada Russia mengenai kesan bencana jika negara itu menggunakan senjata nuklear.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata jika Moscow meneruskan juga, maka ia tiada nilai undang-undang dan wajar dikutuk’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.