nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

385 pelajar IPT Padang Terap terima bantuan sara hidup

5 OKT : Kebajikan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anak-anak Padang Terap terus diberi perhatian.

Bagi meringankan beban kewangan mereka, sejumlah 385 anak-anak daerah itu yang sedang menuntut di IPT Awam dan Swasta, menerima bantuan berjumlah hampir RM150 ribu.

Bantuan disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, dalam satu majlis penyampaian sumbangan itu di Dewan SMK Kuala Nerang hari ini.

Dalam sidang medianya Mahdzir berkata, bantuan dalam bentuk kewangan itu adalah inisiatif untuk meringankan beban kewangan pelajar dan juga keluarga mereka khususnya kumpulan sasar golongan B40.

Ia selaras dengan teras kedua konsep Keluarga Malaysia iaitu Kebersamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

Datuk Seri Mahdzri Khalid mengambil kesempatan menyantuni pelajar-pelajar IPT di Padang Terap yang hadir dalam majlis penyampaian sumbangan sara hidup di Dewan SMK Kuala Nerang hari ini.

“Bantuan yang disampaikan kepada pelajar anak-anak Padang Terap hari ini telah kita berikan sejak tahun 2004 lagi dan akan kita teruskan setiap tahun demi untuk melihat anak-anak Padang Terap terus mencipta kejayaan untuk diri mereka,”katanya kepada media.

Tambah beliau, kejayaan dalam pendidikan sahajalah yang akan mengubah hidup individu dan keluarga mereka.

Justeru kata Mahdzir, kerajaan sentiasa memberi sokongan dan pelbagai bantuan kepada setiap pelajar bagi memastikan mereka mampu mencipta kejayaan dan membawa keluar keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan.

“Selain bantuan kewangan, kerajaan turut menyediakan bantuan gajet menerusi Inisiatif PerantiSiswa yang sedang diagihkan kepada pelajar kumpulan B40 di seluruh negara.

“Selain itu, bantuan yang disalurkan juga merangkumi pelajar-pelajar di dalam dan di luar negara dengan bantuan Elaun Sara Hidup (ESH) yang telah dinaikkan jumlahnya baru-baru ini,” kata Mahdzir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.