nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

39 maut akibat taun di Syria

6 OKT : Kementerian Kesihatan Syria merekodkan 39 kematian akibat taun dan hampir 600 kes dicatatkan di negara yang dilanda perang itu.

Sehubungan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa wabak itu sedang ‘berkembang pada tahap membimbangkan’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata di Syria, lebih 10,000 kes yang disyaki taun sudah dilaporkan dalam tempoh enam minggu lalu.

Malah, Kementerian Kesihatan turut merekodkan sebanyak 594 kes di 11 daripada 14 wilayah serata Syria sejak akhir September.

Kebanyakan mereka yang maut berasal dari di wilayah utara Aleppo, dan tidak dapat dipastikan sama ada mangsa termasuk dalam pengiraan keseluruhan kes.

Ia adalah wabak taun besar pertama di Syria dalam lebih sedekad.

Menurut PBB, penyakit itu muncul semula sejak 2009 di Syria, di mana hampir dua pertiga loji rawatan air, separuh daripada stesen pam dan satu pertiga daripada menara air rosak akibat perang lebih sedekad.

Punca wabak terbaru itu dipercayai dari Sungai Euphrates yang dicemari oleh sisa kumbahan.

Pengurangan aliran air akibat kemarau, peningkatan suhu dan empangan yang dibina oleh Turki turut menambahkan lagi masalah pencemaran.

Di sebalik pencemaran itu, lebih lima juta daripada kira-kira 18 juta penduduk Syria bergantung pada Euphrates untuk air minuman mereka, menurut PBB.

Wabak terbaru itu turut membimbangkan penduduk di kem perpindahan yang sesak dan hanya mempunyai sedikit akses kepada air bersih serta produk kebersihan.

Di seluruh dunia, penyakit taun menjejaskan antara 1.3 juta dan empat juta orang setiap tahun, membunuh antara 21,000 dan 143,000 mangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.