nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pahang bubar DUN, sertai PRU15 bersama kerajaan pusat

14 OKT : Kerajaan Pahang membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di negeri itu berkuatkuasa hari ini untuk melaksanakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum ke 15 bersama Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media khas hari ini.

“Susulan pembubaran Parlimen yang telah diperkenankan Agong, saya mewakili kerajaan negeri Pahang telah menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah, untuk memohon perkenan Baginda untuk pembubaran DUN Pahang ke 14.

“Sehubungan itu, selaras dengan fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua undang-undang tubuh kerajaan Pahang, Baginda telah berkenan agar DUN Pahang ke 14 dibubarkan berkuatkuasa hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihanraya umum di peringkat persekutuan,” katanya.

Kata Wan Rosdy, meskipun penggal ini masih berbaki beberapa bulan lagi, ketetapan untuk membubarkan DUN Pahang ke 14 diambil berdasarkan beberapa keperluan.

“Kita mahu mengelakkan proses pilihan raya yang berulang-ulang dalam tempoh yang singkat. Ini kerana, kurang setahun dari sekarang penggal ini akan berakhir dan pilihan raya mesti diadakan.

“Sekiranya Pahang tidak menyertai PRU ke 15 sekarang, ia menyebabkan kita terpaksa melalui proses pilihan raya sekali lagi di peringkat negeri.

“Perkara ini sudah tentu menggunakan masa dan tenaga, pemikiran dan fokus yang tinggi dan ia boleh dielakkan sekiranya Pahang menyertai PRU15 bersama-sama kerajaan persekutuan sekarang.

“Pilihan raya yang dijalankan serentak boleh menjimatkan kos dalam pelbagai aspek dan selain itu, permulaan dan pengakhiran penggal selari antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan melancarkan pelbagai urusan pentadbiran antara kedua-duan pihak.

“Ini sekaligus membolehkan kerajaan negeri memberikan fokus kepada agenda pengurusan dan pembangunan negeri dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Jelas Wan Rosdy, tarikh pembubaran DUN ini dipilih bagi membolehkan pembentangan dan perbahasan mengenai Bajet 2023 Negeri Pahang disempurnakan terlebih dahulu, sekaligus mendapat kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Segala ini dilakukan demi kepentingan rakyat, kerana sebahagian besar intipati belanjawan 2023 ini adalah berkisar tentang usaha membantu setiap lapisan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.