nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Maritim Malaysia rampas ganja, syabu di perairan Perlis

17 OKT :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) berjaya merampas 10 kilogram ketulan ganja mampat dan syabu seberat dua kilogram di perairan Perlis.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Romli Mustafa berkata kejayaan operasi tersebut adalah hasil risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP), Unit Risik Zon Maritim Kuala Kedah (ZMKH), Bahagian Perisikan Ibu Pejabat (MIND) dan Unit Detektif Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) ke atas aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini beberapa minggu lalu.

“Pada awal pagi Sabtu, 15 Oktober lalu, sebuah bot kayu enjin bergalah tanpa nombor pendaftaran telah ditahan pada jarak lebih kurang 0.18 batu nautika dari barat Pulau Ketam, Perlis pada sekitar jam 4.30 pagi.

“Terdahulu, bot terbabit telah menukar haluan ke arah paya bakau sebaik melihat kehadiran bot ronda Maritim Malaysia namun berjaya dipintas dan ditahan.

“Bagaimanapun, seorang suspek nekad terjun ke laut meninggalkan bot dengan berenang ke kawasan paya bakau untuk melepaskan diri daripada ditahan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Katanya lagi, hasil penggeledahan ke atas bot yang ditinggalkan telah menemukan satu tong minyak berwarna biru yang mengandungi 10 ketulan daun kering mampat disyaki ganja dan dua ketul bungkusan plastik kuning mengandungi hablur kristal yang disyaki syabu berada dalam bot kayu berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM 156 ribu dan dipercayai jumlah dadah berkenaan adalah bagi kegunaan lebih 10 ribu penagih.

“Semua hasil rampasan dibawa ke ZMKP serta diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Menurut Romli, Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis mendapati sindiket pengedaran ganja dan dadah telah menukar modus operasi penyeludupan menerusi jalan laut dengan menggunakan bot kayu enjin bergalah untuk dibawa ke dalam negara.

Jelasnya, penggunaan bot jenis ini memudahkan pergerakan melalui kawasan perairan cetek.

Berikutan itu, MNKP telah merangka pelan tindakan bagi menangani  kegiatan ini daripada berleluasa di perairan Kedah dan Perlis.

Aset-aset Maritim Malaysia telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga sepanjang masa, meningkatkan intipan, rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan titik panas dan melaksanakan operasi-operasi khas bersama Bahagian Perisikan dan Bahagian Siasatan Jenayah Maritim.

Orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan diseru untuk  memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan dadah dan daun ketum. Sebarang aduan di perairan Perlis, boleh disalurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi ZMKP 04-9851072 atau 04-9851162.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.