nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kecekapan urus tadbir kerajaan berjaya keluarkan negara daripada kemelut

29 OKT : Kecekapan tadbir urus kerajaan membolehkan negara keluar daripada kemelut yang bermula dengan pandemik COVID-19 serta krisis geopolitik dunia dan perubahan iklim global yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru itu kerajaan dapat memberikan tumpuan dan fokus kepada pemulihan ekonomi negara.

Pada masa sama menurut Ismail Sabri, prestasi ekonomi negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua berbanding 5.0 peratus pada suku pertama tahun 2022.

“Kerajaan juga berjaya mengembalikan pasaran buruh ke tahap guna tenaga penuh. Kadar pengangguran pada Ogos lalu iaitu 3.7 peratus jauh lebih rendah berbanding Ogos tahun lalu iaitu 4.6 peratus.

“Alhamdulillah, Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ke-18 paling aman di dunia daripada 163 negara dan kedua di Asia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang mengukur kedamaian global di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Pahang di Kuantan hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Turut hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

Bagi mengurangkan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyalurkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.

“Daripada jumlah itu, subsidi untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM41.7 bilion, subsidi minyak masak paket satu kilogram dan minyak botol sebanyak RM3.0 bilion.

“Selain itu, subsidi bil elektrik sebanyak RM5.8 bilion, bantuan lain seperti tunai, pendidikan, pengangkutan dan pertanian sebanyak RM25.7 bilion dan kepenggunaan lain-lain sebanyak RM1.5 bilion,” katanya.

Bagi peruntukan menaik taraf dan menyenggara jalan persekutuan di Pahang pula, Ismail Sabri berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.307 bilion.

Katanya, peruntukan itu sekaligus akan membuka kawasan baharu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

“Sebanyak RM572.8 juta juga telah diperuntukkan bagi projek pembinaan dan menaik taraf jambatan serta jejantas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan Keluarga Malaysia Pahang.

“Kerajaan juga komited dalam melaksanakan Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang Kuala Krai, Kelantan ke daerah Bentong sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos projek sebanyak RM8.7 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.