nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pekebun kecil diseru rebut peluang tingkat pendapatan

30 OKT : Kerajaan menyeru pekebun kecil agar merebut peluang yang disediakan melalui pelbagai program dan bantuan pembangunan demi meningkatkan pendapatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sentiasa komited memastikan segala inisiatif dan bantuan itu sampai kepada komuniti pekebun kecil.

“Sektor komoditi adalah salah satu sektor penting yang menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kerajaan sentiasa komited memastikan segala inisiatif dan bantuan dapat disalurkan demi kemakmuran dan kesejahteraan komuniti pekebun kecil.

“Besarlah harapan saya agar semua pekebun kecil terutama di negeri Pahang untuk terus mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui program dan bantuan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan RISDA,” katanya ketika merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di Bera, hari ini.

Malah katanya, tanaman getah merupakan satu-satunya komoditi yang masih diberi bantuan penuh oleh kerajaan melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sekiranya harga pasaran getah berada di bawah paras RM2.50 sekilogram.

Katanya lagi, selain IPG kerajaan turut memperkenalkan Program Tanam Semula Getah dengan sasaran keluasan 20,000 hektar yang kini sudah melebihi 10,000 hektar dengan penyertaan sebanyak 7,180 pekebun kecil.

Kerajaan juga memperkenalkan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) melibatkan peruntukan sebanyak RM31.1 juta bagi mencapai pengeluaran hasil sebanyak 1,800kg per hektar per tahun dalam usaha meningkatkan pendapatan menerusi produktiviti hasil getah.

“Alhamdulillah, inisiatif tersebut telah dimanfaatkan oleh 29,205 pekebun kecil di seluruh negara termasuk 4,344 pekebun kecil di Pahang dan seramai 602 pekebun di Bera.

“RISDA juga telah berjaya melahirkan seramai 23,522 orang usahawan bimbingan RISDA di seluruh negara melalui bantuan berjumlah RM56.3 juta,” katanya.

Menyentuh soal Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM191 juta yang diumumkan sebelum ini di Perak, beliau berkata kesemua 232,319 pekebun kecil bakal menerima bantuan RM600 yang disalurkan secara berperingkat pada November dan Disember ini.

“Bagi BMT di negeri Pahang, sukacita saya umumkan seramai 24,237 pekebun kecil bakal menerima bantuan pada bulan hadapan dan Disember dengan peruntukan berjumlah RM14.54 juta.

“Insya-Allah, pada tahun depan jika kerajaan saya dipilih semula pada PRU15, BMT ini akan ditambah sebanyak RM200 kepada RM800 dengan peruntukan sebanyak RM256 juta selama empat bulan kepada pekebun kecil RISDA dan FELDA seramai 320,000 orang,” katanya.

Katanya kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar kepada masyarakat pekebun kecil iaitu dengan peningkatan sebanyak 18.1 peratus melibatkan RM600 juta berbanding RM508 juta yang disalurkan pada tahun ini.
“Peruntukan ini membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin kepada pembangunan sektor komoditi getah yang diusahakan oleh pekebun kecil.
“Insya-Allah, kesemua perkara tersebut akan dilaksanakan jika semua pekebun kecil di negara ini memberi mandat kepada Kerajaan saya pada PRU15 akan datang.,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.