nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Keluarga Malaysia serius tangani sekuriti makanan

1 NOV : Ketika negara sedang berdepan lonjakan harga makanan dampak daripada krisis global termasuk peperangan yang tercetus, Kerajaan Keluarga Malaysia terus mencari dan melaksanakan strategi bagi memastikan sekuriti makanan di negara ini terjamin.

Menurut ahli ekonomi dari Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Muhammad Zharif Luqman Hashim, harga makanan dan minuman paling tinggi direkodkan pada Jun 2022 sejak 2015.

Katanya, peningkatan itu memberi kesan besar kepada isi rumah kerana mereka memperuntukkan sekitar 29.5% daripada perbelanjaan mereka ke atas makanan dan minuman.

“Isu peningkatan harga makanan yang melanda Malaysia pada ketika ini adalah isu global. Sebagai sebuah negara kecil yang terbuka dan berdagang, Malaysia tidak boleh mengelak daripada menerima kesan ke atas gelagat negara-negara lain terutamanya negara-negara yang menjadi pembekal utama kepada bahan mentah sektor pertanian dan industri makanan di Malaysia.

“Malaysia bergantung tinggi kepada import makanan dan juga import bahan mentah seperti makanan ayam daripada negara luar. Negara-negara pengeksport ini telah mengalami gangguan pengeluaran akibat daripada pandemik Covid-19, ketidaktentuan cuaca dan keadaan geopolitik,” katanya.

Jelasnya, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak berpeluk tubuh sebaliknya pelbagai strategi dirangka dan dijalankan bagi mengurangkan tekanan kos hidup rakyat.

“Kerajaan rangka strategi jangka pendek termasuk pemberian subsidi langsung kepada pengeluar bagi menstabilkan harga makanan di pasaran serta mengimbangi kos pengeluaran makanan contohnya ayam dan minyak masak.

“Kerajaan juga masih memberi subsidi bahan api bagi mengawal inflasi makanan dan barangan lain dalam ekonomi. Perkara ini susulan timbulnya trend peningkatan harga minyak mentah daripada ASD84.1 setong pada Januari 2022 hingga mencecah ASD114.7 setong pada Jun 2022.

“Jika subsidi bahan api dikurangkan, ini akan meningkatkan harga bahan api dan peningkatan harga bahan api ini akan memberi impak berganda kepada inflasi makanan dan keseluruhan barangan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyentuh soal kerjasama antara Malaysia dengan Turkiye melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Dalam pada itu katanya, usaha kerajaan yang akhirnya menerima pakai strategi diusulkan pakar yang bersifat jangka panjang bagi menangani masalah sekuriti makanan itu.

“Kerajaan telah mengusulkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN 2021-2025). Pelan tindakan tersebut telah berjaya direalisasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan menumpukan 5 teras, 15 strategi dan 96 inisiatif dalam memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan dan situasi luar jangka.

“Kerajaan juga telah menghapuskan sistem permit import (AP) yang akan memberi peluang lebih ramai pembekal untuk mengimport makanan dan bahan mentah. Ini akan menjadikan sektor pertanian dan makanan lebih kompetitif dan berdaya saing di masa hadapan,” katanya di mana kaedah itu akan mengurangkan kuasa monopoli ke atas pasaran sekali gus menstabilkan harga pada masa depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.