11 NOV : Jangkitan baharu COVID-19 semalam kembali meningkat kepada 3,436 kes berbanding 3,267 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Data di portal KKMNOW menunjukkan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,766 pesakit mendapat rawatan di hospital, di mana 92 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 60 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 33,965 kes aktif dicatatkan dan daripada jumlah itu 32,107 kes atau 94.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sementara itu sejumlah lapan kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dan tiada kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dicatatkan.