nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ejen parti meninggal dunia di pusat mengundi Pasir Mas

19 NOV : Seorang lelaki yang bertugas sebagai ejen parti di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di Pasir Mas, meninggal dunia pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Mohd Jailani Alias, 53, dipercayai rebah sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Isterinya, Che Siti Abdullah, 47, berkata dia mengetahui insiden yang berlaku pada suami selepas sahabat arwah pergi ke rumahnya di Kampung Pondok Lati, di sini kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, dia hanya diberitahu bahawa suami pengsan ketika bertugas di pusat mengundi, namun terkejut apabila mendapati suaminya disahkan meninggal dunia sebaik dia tiba di hospital.

“Kali terakhir berjumpa arwah ketika kami sama-sama bersarapan awal pagi tadi. Tidak sangka air teh dan roti yang saya hidangkan padanya adalah juadah terakhirnya

“Suami saya tidak ada sebarang penyakit kronik kecuali sering diserang gastrik. Tetapi sejak dua minggu ini dia ada mengadu sering berasa letih dan tiada tenaga untuk bekerja.

“Dia sudah membuat pemeriksaan, namun tiada menunjukkan petanda sebarang penyakit, jadi saya pemergiannya hari ini benar-benar mengejutkan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik HPM hari ini.

Che Siti berkata, suami sudah lama memaklumkan akan bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini, malah dia dilihat bersemangat keluar di awal pagi untuk bertugas.

Bagaimanapun, beliau reda dengan pemergian suamianya itu dan terus kuat untuk meneruskan hidup bersama dua anak berusia 20 dan 26 tahun.

“Walaupun masih terkejut dan sedih, saya perlu kuat kerana sudah takdirnya suami pergi buat selama-lamanya hari ini.

“Insya-Allah selepas semua urusan di hospital selesai, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, di sini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.