nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini

2 DIS : Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat selepas dua hari mencatat kenaikan dengan indeks utama merosot 0.65 peratus berikutan kekurangan minat belian ke atas saham-saham bermodal besar kerana minat risiko beralih kepada syarikat bermodal kecil terutamanya amanah pelaburan hartanah dan saham tenaga.

Pada 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 9.71 mata kepada 1,481.20 berbanding 1,491.51 sewaktu ditutup semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 2.15 mata kepada 1,489.36 dan bergerak dalam jajaran kecil 1,479.70 hingga 1,489.36 sepanjang dagangan hari ini.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 541 berbanding 406, manakala 416 kaunter tidak berubah, 870 tidak diniagakan dan 14 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.35 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 3.94 bilion unit bernilai RM3.07 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran utama di peringkat serantau juga dalam wilayah negatif berikutan pelabur berwaspada menjelang data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan hari ini.

“Selain itu, ketidaktentuan mengenai hala tuju inflasi AS turut menjejaskan sentimen pelabur.

“Dalam negara, pelabur melakukan dagangan dengan berhati-hati menjelang pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Rakuten Trade yakin penilaian ke atas ekuiti Malaysia masih terkurang nilai sekali gus memberi peluang kepada pelabur untuk memburu saham berharga rendah.

Penganalisis Kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata FBM KLCI merosot susulan aktiviti pengambilan untung selepas separuh daripada komponen indeks utama susut menjelang pengumuman barisan Kabinet baharu yang dijadualkan malam ini.

Di rantau Asia, indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.33 peratus kepada 18,675.35, indeks Komposit Shanghai menguncup 0.29 peratus kepada 3,156.14 dan indeks Shenzhen berkurangan 0.39 peratus kepada 11,219.79.

Indeks Nikkei 225 Jepun pula turun 1.59 peratus kepada 27,777.90 dan indeks Strait Times Singapura merosot 0.89 peratus kepada 3,263.34.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.58, Public Bank berkurangan enam sen kepada RM4.41, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM8.52, CIMB berkurangan 11 sen kepada RM5.64 dan Tenaga susut 12 sen kepada RM9.38.

Dalam kalangan kaunter aktif, Advance Synergy menokok 1.5 sen kepada 19 sen, manakala MQ Technology, Infomina dan Malayan United Industries masing-masing meningkat setengah sen kepada 5.5 sen, 82.5 sen dan 8.5 sen dan Velesto susut satu sen kepada 16 sen.

Sementara itu, Bursa Malaysia Securities Bhd dalam kenyataan hari ini berkata, penggantungan dagangan sekuriti Comintel Corporation Bhd akan ditamatkan berkuat kuasa 9 pagi Isnin (5 Disember 2022) untuk mempermudah penyenaraian saham penempatan dan melengkapkan pelan regularisasi syarikat.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 41.27 mata kepada 10,653.20, Indeks FBMT 100 turun 48.09 mata kepada 10,357.15, manakala Indeks FBM Emas Syariah rendah 25.35 mata kepada 10,877.91.

FBM 70 menokok 17.92 mata kepada 13,071.19 dan FBM ACE meraih 74.92 mata kepada 5,365.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 120.44 mata kepada 16,446.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 13.44 mata kepada 6,807.85,manakala Indeks Tenaga menambah 14.80 mata kepada 800.11.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 2.22 bilion saham bernilai RM1.92 bilion daripada 2.36 bilion saham bernilai RM2.49 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran menguncup kepada 235.54 juta unit bernilai RM39.49 juta daripada 433.85 juta unit bernilai RM74.16 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 889.48 juta saham bernilai RM320.66 juta daripada 1.15 bilion saham bernilai RM504.39 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 498.86 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (473.04 juta); pembinaan (69.63 juta); teknologi (231.73 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (84.72 juta); hartanah (211.83 juta); perladangan (22.66 juta); REIT (10.45 juta), dana tertutup (39,500); tenaga (414.35 juta); penjagaan kesihatan (92.49 juta); telekomunikasi dan media (27.14 juta); pengangkutan dan logistik (55.21 juta) dan utiliti (28.39 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.