nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

13 terkorban, usaha kesan 20 mangsa diteruskan

16 DIS:  Angka korban akibat tanah runtuh di kawasan perkhemahan di Jalan Genting – Batang Kali, awal pagi tadi dilaporkan meningkat kepada 13 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Antara yang maut termasuk kanak-kanak, seorang lelaki dan enam wanita.

Menurut Zaliha, tujuh mangsa kini berada di hospital, tiga daripada mereka dirawat di Hospital Selayang dengan salah seorangnya adalah wanita hamil.

Tambahnya, seorang daripada mangsa itu pula dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kecederaan tulang belakang, manakala tiga lagi dirawat di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Awal pagi tadi, dianggarkan hampir 100 mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side berdekatan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan menteri yang turun ke lokasi kejadian tanah runtuh  itu tidak mengganggu tugas menyelamat pihak berkuasa.

“Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming), Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Nik Nazmi Nik Ahmad) serta Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) terkait misi mencari dan menyelamat.

“Saya juga dimaklumkan menteri-menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang akan ke lokasi kejadian malam ini turut mengarahkan misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan memaklumkan usaha mencari dan menyelamat mangsa di lokasi Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, kini giat diteruskan.

Maklumat dikemaskini setakat jam 12.00 tengah hari , sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan ketika kejadian runtuhan berlaku.

Seramai 61 orang yang dikesan selamat terbahagi termasuk 7 orang di hospital dan  1 berada di lokasi

Daripada 13 orang meninggal dunia iaitu 2 kanak-kanak (lelaki), 1 kanak-kanak (perempuan), 8 Dewasa (Wanita) dan 2 Dewasa (Lelaki).

Pencarian masih berjalan untuk mengesan 20 mangsa yang tidak ditemui lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.