nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 43,000 pelajar sekolah merokok

5 JUN :  Lebih 43,000 pelajar sekolah dikesan menghisap rokok selepas saringan dibuat di sekolah menenag tahun lalu.

Jumlah itu adalah di antara 1.3 juta pelajar sekolah yang disaring dengan meliputi 341 murid sekolah rendah yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, angka itu amat membimbangkan dalam kalangan individu bawah umur sekali gus negara memerlukan satu udang-undang kawalan bagi menghalang penggunaan produk merokok dalam kalangan generasi muda demi melindungi kesihatan mereka.

Justeru, jelas beliau, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau yang dibentangkan kerajaan terdahulu akan diteruskan dengan beberapa perubahan baharu dan dinamakan sebagai RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat dalam tempoh Mesyuarat Kedua yang sedang berlangsung sehingga 15 Jun ini.

“Menerusi saringan yang dijalankan terhadap perokok bawah umur terutama di sekolah rendah dan menengah, kita mengenal pasti lebih 43,00 pelajar merokok. Itu yang kita amat bimbang.

“Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penjualan vape di luar sekolah, golongan ini mudah tertarik dengan vape kerana warnanya, bentuknya dan baunya membuatkan kanak-kanak mahu mencuba.

Jadi ini membuktikan usaha untuk menghentikan perkara ini juga perlu merentas kementerian,” katanya dilapor Utusan Malaysia.

Dr. Zaliha berkata, antara perubahan baharu RUU itu dalam usaha menamatkan generasi perokok ialah larangan penjualan dan penggunaan bagi mana-mana orang yang lahir pada 1 Januari 2007 berbanding dikuatkuasakan kepada mereka yang lahir pada 1 Januari 2005 sebagaimana sudah dipersetujui dalam Jawatankuasa Khas terdahulu.

Kata beliau, tindakan penguatkuasaan adalah dilaksanakan secara berfasa iaitu penguatkuasaan serentak bagi rokok konvensional, manakala penguatkuasaan bagi rokok elektronik atau vape menunggu laporan berkala.

“Larangan pemilikan sebarang bentuk produk merokok kepada generasi penamat rokok (GEG) digugurkan dalam RUU baharu ini, sebaliknya ia hanya berkaitan penjualan, pembelian dan penggunaan sahaja.

“Justeru, isu pemeriksaan badan kepada golongan GEG tidak terpakai memandangkan peruntukan pemilikan telah digugurkan,” katanya.

Antara klausa di bawah RUU itu ialah kesalahan berkenaan adalah kesalahan yang tidak boleh ditangkap tanpa waran menurut Jadual Pertama, Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan bukan suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7].

Kuasa Pegawai Diberi Kuasa adalah terhad kepada premis pengilangan, pengedaran, penjualan dan peruncitan sahaja.

Tiada hukuman penjara dikenakan malah perintah khidmat masyarakat diperkenalkan bagi memberi peluang pendidikan, kesedaran dan bukan bersifat punitif semata-mata.

Fasal berkaitan Laporan Berkala berhubung keberkesanan larangan ini perlu dibentangkan sebelum Januari 2025 (sebelum Generasi Penamat Rokok melepasi umur 18 tahun) dan laporan pada setiap lima tahun di kedua-dua sidang Parlimen.

Laporan itu berkaitan larangan penjualan, merokok, dan perkara-perkara lain termasuk kesan penggunaan rokok elektronik terhadap Generasi Penamat Rokok.

“Nilai denda bagi kesalahan itu diturunkan kepada RM500 berbanding RM5,000 sebagaimana dicadangkan dalam RUU sebelum ini kerana kita mahu ambil pendekatan untuk mendidik anak-anak yang menggunakan produk berkenaan,” kata Dr. Zaliha.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.