nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

6,300 perwakilan UMNO hadir PAU 2023 bermula esok

6 JUN : K ira-kira 6,300 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula esok.

Ia akan berlangsung selama empat sehingga 10 Jun ini, dijangka bagi membincangkan mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Menjadi tradisi buat ahli UMNO, mereka akan berkumpul bagi mengikuti perjalanan PAU 2023 sebagai pelengkap kepada persidangan yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Mengikut jadual program, PAU 2023 akan dimulakan dengan taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, WTC pada pukul 2.30 petang.

Ia disusuli dengan perasmian Perhimpunan Agung tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Aras 4, 5, 6 WTC oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pada jam 8 malam.

Perwakilan tiga sayap yang dijangka hadir esok ialah Wanita 1,159 orang, Pemuda (1,160) dan Puteri (1,134).

Hari kedua iaitu Khamis, tiga sayap masing-masing bersidang bermula 8 pagi dengan Wanita di Dewan Merdeka Aras 4 diikuti Pemuda di Dewan Tun Razak Aras 4 dan Puteri UMNO di Dewan Tun Hussein Onn Aras 2 serta Dewan Tun Dr. Ismail Aras 2 WTC.

Pada sebelah malam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khas UMNO akan bermesyuarat di bilik mesyuarat tingkat 39 Menara Dato’ Onn.

Acara kemuncak PAU 2023 ialah pada Jumaat iaitu menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ pada 8 pagi di Plaza Merdeka, Aras 4 WTC oleh Ahmad Zahid dan semua barisan kepimpinan parti.

Presiden UMNO kemudian ke Dewan Merdeka untuk acara pembukaan PAU 2023 pada pukul 9 pagi.

Hari terakhir iaitu 10 Jun, persidangan bermula 8.30 pagi dengan perbahasan usul ucapan dasar Presiden dan perhimpunan dijangka berakhir kira-kira 5 petang.

Sebanyak 56 agensi media dari media cetak dan elekronik iaitu 50 agensi tempatan dan enam agensi antarabangsa melibatkan 458 petugas media telah berdaftar untuk membuat liputan sepanjang perhimpunan itu.

Turut hadir kali ini buat kali pertama, pimpinan kerajaan perpaduan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan itu turut dimeriahkan dengan karnival jualan di Ruang Legar Aras 2, WTC yang mula beroperasi esok, 7 Jun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.