nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Makmal proses ubat tiruan diserbu

16 JUN: Polis Diraja Malaysia berjaya membongkar pengoperasian haram sebuah makmal haram pemprosesan ubatan-ubatan tiruan bernilai RM6.36 juta.

Makmal berkenaan terletak di sebuah negeri utara negara dengan tertangkapnya tiga individu, termasuk dua orang wanita.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pada 13 Jun lalu PDRM melalui Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan satu operasi di daerah Taiping, Perak ke atas satu makmal memproses ubat–ubatan tiruan.

“Dalam operasi tersebut, kami telah berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan yang dipercayai memainkan peranan utama disebalik kegiatan makmal haram itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam premis serbuan menjumpai barang-barang pemprosesan dan ubat-ubatan yang dipercayai tiada kelulusan daripada KKM dianggarkan bernilai RM6.369,782 berjaya dirampas pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebuah makmal haram memproses ubat-ubatan tiruan tanpa kebenaran KKM dibongkar di Taiping dengan tertangkapnya tiga individu termasuk dua wanita disyaki di sebalik operasi itu. Ihsan PDRM
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan – Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, PDRM khususnya JKDNKA komited membantu kementerian-kementerian serta agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu-isu ketenteraman awam dan keselamatan terhadap masyarakat.

“Usaha yang dijalinkan bersama KKM adalah salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dalam membantu membanteras kegiatan jenayah melibatkan ubat-ubatan tiruan, perisa vape dan jenayah farmaseutikal melibatkan pemain-pemain industri.

“Untuk rekod, sepanjang tahun 2022, WCB/PSK telah berjaya melancarkan dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM3,420,000. Manakala, bagi tempoh 1 januari hingga 15 Jun 2023 sebanyak lapan serbuan dijalankan dengan membabitkan nilai rampasan berjumlah RM12,763,052.

“Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa dan penglibatan serta kerjasama daripada orang ramai dalam menyalurkan maklumat amatlah digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.