nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tangga gaji anggota PDRM dikaji semula

7 JUL : Tangga gaji pegawai dan anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses dikaji semula.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana gaji yang diterima anggota berpangkat rendah adalah kecil dan tidak setimpal, sekali gus tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar.

“Bagi anggota berpangkat konstabel contohnya tangga gaji yang diterima mereka sekitar RM2,000 termasuk elaun. (Mereka) yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah, agak banyak tetapi bagi anggota yang tinggal di Kuala Lumpur, dia akan menjadi miskin bandar.

“Bagi seorang pegawai berpangkat inspektor yang mempunyai gaji sekitar RM4,000 dan bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor, mereka perlu menyewa rumah bersama rakan lain (bukan polis) kerana kos sara hidup yang mahal,” katanya.

Menurut Razarudin, PDRM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti perkara tersebut dan perbincangan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah dilakukan.

Ditanya sama ada gaji rendah merupakan faktor anggota polis terpalit dengan amalan rasuah, Razarudin berkata, rasuah adalah isu global yang menjadi perhatian setiap negara.

“Fokus utama saya dalam aspek tata kelola tadbir urus PDRM adalah saya sedang cuba untuk mengecilkan dan menutup peluang amalan rasuah ini dan jika berlaku rasuah kita akan ambil tindakan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.