nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Umat Islam perlu berhijrah lebih meluas termasuk minda dan budaya

19 JUL: Penghijrahan lebih meluas perlu dibuat seluruh umat Islam dan lebih menyeluruh sepanjang masa.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ia meliputi penghijrahan minda serta budaya.

Baginda bertitah, cabaran yang semakin rencam dan rumit memerlukan perubahan minda dan budaya yang dapat disesuaikan mengikut tuntutan masa, namun tetap memenuhi nilai tauhid supaya tidak terpesong daripada tafsiran hidup sebenar.

“Umat Islam hendaklah bersedia, malah wajib melakukan penghijrahan minda, penghijrahan budaya dan berupaya memahami dan mentafsirkan isu-isu semasa daripada pelbagai dimensi serta bertenaga untuk menangani dan menguasai situasi semasa, terutama revolusi teknologi yang sedang pesat berlaku.

“Penghijrahan minda memerlukan minda yang bersedia keluar daripada kepompong kejahilan dan zon keselesaan. Ia memerlukan minda yang berani menerokai pengetahuan, kemahiran, medium dan kaedah baharu, yang dirintis selari dengan keperluan zaman. Ia juga memerlukan minda yang dahagakan kemajuan, bijaksana, yang rasional, merdeka yang tidak berjiwa hamba dan yang tidak gentar pada perubahan.

“Penghijrahan budaya adalah kesediaan meninggalkan budaya usang, lapuk, digantikan dengan budaya lebih dinamik yang mencerminkan keluhuran budi, mengamalkan disiplin, memiliki maruah dan harga diri, bersifat amanah, jujur, ikhlas bertunjangkan prinsip dan nilai Islam,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sultan Nazrin turut bertitah, dunia kini yang terus bergelombang memerlukan manusia yang bersedia menerima realiti semasa dan meninggalkan tradisi usang serta tafsiran jumud, agar dapat mengeluarkan diri daripada kepompong kejahilan.

Baginda bertitah, umat Islam tidak dapat lari daripada perubahan memandangkan perubahan merupakan sunatullah atau ketetapan Allah yang pasti berlaku, justeru ummah harus bersedia setiap masa untuk mendepani perubahan.

“Penghijrahan ialah manifestasi tuntutan pembaharuan yang diperlukan seiring perubahan tamadun dan zaman sehingga kiamat.

“Falsafah hijrah yang tersirat lebih besar daripada peristiwa hijrah yang tersurat, iaitu berhijrah dalam erti kata yang lebih luas bermaksud melakukan perubahan atau perpindahan kepada sesuatu yang lebih baik, tidak sekadar ditafsirkan secara harfiah (zahir) bahawa hanya dibatasi kepada peristiwa pergerakan fizikal Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

“Bahkan tugas utama Rasulullah SAW ialah berusaha menggesa ummah melakukan penghijrahan minda dan penghijrahan budaya, iaitu berhijrah dari manusia yang jahil menjadi manusia berilmu sebagaimana intipati wahyu pertama yang disampaikan kepada baginda yang secara tersirat mengandungi elemen seruan melakukan penghijrahan minda dan penghijrahan budaya.

“Rasulullah SAW yang tidak boleh membaca, diseru dan dibimbing untuk membaca. Melalui wahyu, ilmu dikurniakan Ilahi bertujuan mengeluarkan masyarakat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya kebenaran; membebaskan manusia daripada budaya dan minda perhambaan sesama manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah; risalah yang kekal relevan biarpun tamadun silih berganti,” titah Sultan Nazrin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.