nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kursi Tun Dr Ismail di UKM hargai legasinya

2 OGOS: Kerajaan Perpaduan bersetuju membentuk Kursi Tun. Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran pemimpin negara itu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata usaha pengiktirafan ini adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa.

“Tun Dr. Ismail dikenali sebagai tokoh yang bertunjangkan perpaduan dan intergrasi kaum.

“Semoga lebih banyak peyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini,” katanya selepas berucap di majlis memperingati negarawan ‘Tonggak Perpaduan Negara’ sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 orang itu turut dihadiri anak Allahyarham Tun Dr Ismail, Tawfiq.

Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua Malaysia.

Ketika berucap, Anwar turut menekankan ketegasan dan intergriti yang dimiliki oleh Tun Dr. Ismail perlu disemai dalam jiwa golongan muda berikutan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab penting untuk negara.

“Aspek ini, daripada negarawan Tun Dr. Ismail yang perlu kita pelajari, termasuk integriti beliau dalam berpolitik.

“Penting untuk anak muda terpahat dengan prinsip yang sama untuk tangani kebejatan sosial, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan tatakelola yang baik,” katanya.

Allahyarham Dr. Ismail mempunyai agenda yang unik dalam politik Malaysia, beliau sentiasa mengingatkan masyarakat Melayu, Cina dan India perlu memainkan peranan bagi membentuk sebuah negara yang cemerlang.

Sumbangan terbesar Allahyarham seperti tercatat dalam sejarah negara, adalah bagaimana beliau berjaya mengembalikan keyakinan majoriti rakyat terhadap kerajaan ketika itu dan menjadi faktor Malaysia kembali aman.

Beliau juga antara pemimpin yang mencetuskan idea pembentukan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Bagaimanapun, Dr Ismail kembali ke rahmatullah pada bulan Ogos 1973 sewaktu berkhidmat sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.