nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Serang kami dengan fakta kata PM kepada lawan

3 OGOS: Jika tatakelola sesebuah kerajaan baik dan hubungan baik antara negeri serta pusat dijaga dengan tertib, rakyat pasti dapat menikmati hasilnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , perkara tersebut menjadi sebab Kerajaan Perpaduan berjaya menguruskan negara hanya dalam tempoh 7 bulan.

Beliau menyatakan demikian dalam meneruskan kempen penerangan terkait langkah serta pencapaian yang telah dilakukan dan laksanakan di peringkat Persekutuan dalam masa singkat.

“Projek tebatan banjir yang telah diluluskan Kerajaan terdahulu tanpa melalui tender dan prosedur standard kewangan telah menelan belanja sebanyak RM15 bilion.

“Setelah disemak dan ditender semula, kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM1.8 bilion, dan penjimatan itu telah saya salurkan sebanyak RM800 juta kepada kerajaan negeri Johor bagi menyelesaikan masalah banjir di Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB),” kata beliau selepas berucap Ceramah Jelajah Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Nilai semalam.

Dalam pada itu, Anwar turut menggesa calon-calon Perpaduan yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menyampaikan pencerahan ini kepada rakyat terutamanya mengenai senarai kejayaan dan pencapaian Kerajaan Perpaduan dalam tempoh yang singkat.

“Ini adalah modal di pihak Kerajaan Perpaduan dalam siri kempen pilihanraya di enam negeri saat ini.

“Bandingkan dengan kegagalan mereka selama 33 bulan mentadbir, dan apakah mereka berani dan bersedia untuk mempertahankan dasar-dasar mereka?

“Lontaran saya kepada pihak sana , serang kami dengan fakta dan silakan sanggah mana-mana dasar Kerajaan Perpaduan yang kalian anggap zalim dan saya bersedia menjawab dan pertahankan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti supaya memperlihatkan contoh serta budaya politik yang lebih matang, lantas tamadun yang madani dapat dipaculkan.

Sementara itu, Anwar, ketika berucap di Bandar Enstek, Labu di Nilai, menyuarakan keyakinannya kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan pada PRN kali ini berikutan kebangkitan sokongan yang ditunjukkan rakyat terhadap kerajaan.

“Bagi peluang kita tadbir dengan baik, beri sokongan kepada calon BN dan PH…itu calon kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.