nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada laporan isu 3R diterima PDRM

8 OGOS : Tiada sebarang laporan diterima berhubung isu raja, agama dan kaum (3R) sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri (PRN) setakat ini.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, perkembangan tersebut merupakan satu petanda baik bagi memastikan PRN di seluruh negara berlangsung dengan aman.

Malah, perkembangan positif itu ekoran amaran keras yang telah diberikan PDRM sebelum ini, selain titah daripada institusi diraja yang tidak mahu isu 3R dimainkan semasa berkempen.

“Alhamdulillah, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung isu 3R sepanjang kempen PRN kali ini.

“PDRM amat berharap perkembangan baik ini dapat diteruskan sehingga habis hari pengundian dan sehingga hari-hari seterusnya selepas pilihan raya.

“Dalam masa yang sama, PDRM ingin memberi amaran kepada semua pihak agar tidak melakukan sebarang eksploitasi dan provokasi semasa berkempen,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau proses pengundian awal yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Timbalannya, Datuk Sasikaladevi.

Mengulas proses pengundian awal anggota PDRM di Selangor, Ayob berkata, seramai 18,557 anggota dan pegawai bersama pasangan masing-masing layak mengundi.

Kata beliau, seramai 8,000 anggota tentera layak mengundi di 68 pusat mengundi di Selangor, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan mengundi sebanyak 26,557 orang.

“Peratusan anggota keselamatan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah sebanyak 97 peratus.

“Oleh itu, saya yakin jumlah peratusan keluar mengundi pada PRN ini boleh mencapai atau melebihi jumlah yang dicatatkan pada PRU lalu.

“Ini kerana keluar mengundi adalah satu kewajipan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk anggota keselamatan, malah arahan telah diberikan supaya semua anggota serta pegawai keluar mengundi,” katanya.

Tambahnya lagi, kekuatan keseluruhan anggota PDRM yang bertugas di Selangor menjelang hari pengundian sebanyak 13,859 orang.

Sementara itu, Ayob berkata, PDRM menerima 518 laporan polis sepanjang PRN negeri Selangor sehingga Ahad.

Daripada jumlah tersebut, menurut beliau, sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.