nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Pusat tidak pinggir negeri pembangkang, kata Fahmi

15 Ogos – Kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan negeri yang ditadbir pembangkang malah sebarang bantuan atau projek yang diberikan akan diteliti dari semasa ke semasa.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semua projek di bawah tanggungjawab kementeriannya akan diteruskan termasuk projek-projek atau bantuan yang telah diumumkan sebelum ini.

“Bagi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), usaha kami termasuk di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mewujudkan satu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) kita akan teruskan dan ia tidak menjadi masalah.

“Saya percaya, kalau apa yang pernah disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memang kita akan teliti kerana kita juga mahukan hubungan yang baik, rapatkan silaturahim dan kukuhkan ukhwah di antara kerajaan negeri dan Pusat,” katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia (CyberDSA) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai repons terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu membuka lembaran baharu antara Kedah dan Kerajaan Persekutuan.

Muhammad Sanusi berharap kepimpinan Kerajaan Perpaduan tidak terasa hati dan menyimpan dendam terutamanya berkaitan dengan isu politik terdahulu.

Dalam pada itu, menyentuh soal kedudukan kerusi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Dewan Rakyat, Fahmi menyatakan pihaknya masih belum menerima perkembangan atau maklumat terbaru mengenai isu tersebut.

“Syed Saddiq telah sebut sebelum ini. Saya lihat belum ada perubahan kepada kenyataan beliau. Jadi kita berpegang kepada apa yang pernah disebutkan (Syed Saddiq) sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Syed Saddiq dilaporkan berkata walaupun beliau bersuara menentang beberapa isu dalam pentadbiran Anwar, beliau masih tetap menyokong Kerajaan Perpaduan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.