nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parti kerajaan terbuka berdamai demi kestabilan politik

16 Ogos : Komponen parti Kerajaan Perpaduan sentiasa terbuka dalam usaha mewujudkan kestabilan politik yang memberi kesan positif kepada negara.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata semua parti seharusnya berhenti memainkan agenda politik sempit seperti menggunakan isu 3R (agama, raja dan kaum) serta perlu memberi tumpuan kepada isu-isu penting seperti ekonomi dan pembangunan rakyat.

“Kerajaan Perpaduan sentiasa mengalu-alukan usaha untuk pendamaian dengan parti pembangkang demi kestabilan politik yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga sudah memohon ruang perbincangan dengan pembangkang termasuk ketika di awal penubuhan Kerajaan Perpaduan.

“Cuma setakat ini kami tidak nampak usaha pihak pembangkang untuk bergerak ke hadapan pada masa itu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.

Malah Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN) turut digesa oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendatangani perjanjian damai bagi memastikan kestabilan politik selepas tamat PRN.

Wei Kiat berkata kerajaan Pusat sememangnya telah bersedia menandatangai perjanjian damai seperti yang dicadangkan oleh Bersih namun ini hanya bergantung kepada kesediaan pembangkang untuk berbuat demikian.

“Perkara ini perlukan perbincangan dan persetujuan daripada kedua-dua pihak seperti kerajaan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lakukan sebelum ini dengan Pakatan Harapan (PH). Lepas kedua-dua pihak bersetuju barulah dokumen itu ditandatangani,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan keputusan rakyat memberi kuasa kepada parti-parti dan ahli Parlimen untuk membuat keputusan di dalam penubuhan kerajaan .

“Kerajaan Persekutuan hari ini yang mempunyai dua per tiga majoriti di Parlimen sudah terbukti memiliki kestabilan politik sekiranya pembangkang menghormati keputusan rakyat.

“Untuk mewujudkan sebuah negara demokrasi, kestabilan ini ada dua maksud. Satu mempunyai majoriti besar dan satu lagi mempunyai majoriti dua per tiga. Jadi setelah lengkap pilihan raya penggal ke-15 ini, semua negeri dah membuat keputusan termasuk kerajaan Persekutuan,” katanya.

Mengenai cadangan Bersih itu, Mohd Razlan memberitahu perjanjian damai itu boleh dibuat sekiranya ia hanya bersifat satu ‘aku janji’ dan tidak melibatkan perbelanjaan duit rakyat, bajet Parlimen atau ganjaran jawatan.

Terdahulu, keputusan PRN mengekalkan kedudukan status quo di enam negeri dengan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menang di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) pula terus menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.