nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MB pegang banyak portfolio punca negeri kurang maju : Penganalisis

22 OGOS: Seseorang menteri besar tidak seharusnya memegang terlalu banyak portfolio kerana dikhuatiri tidak mampu menumpu perhatian sewajarnya terhadap portfolio-portfolio yang dipegang.

Penganalisis Politik dan Geostrategis dari Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Azmi Hassan berpandangan perhatian yang kurang dalam jawatan yang dipegang akan mengakibatkan dasar yang dibentuk kurang berkesan sekali gus merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

“Tugas menteri besar sahaja sudah berat, ia merangkumi semua yang dipegang oleh Exco.

“Jika ditambah tugas menteri besar dan tambahan portfolio yang terlampau banyak, ia akan mengurangkan lagi tumpuan  terhadap suatu portfolio itu,” katanya kepada Portal BBC.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang memegang  portfolio terbanyak dalam kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Azmi berkata apabila menteri besar kurang menfokuskan pada suatu portfolio, maka dasar yang dibentuk tidak dapat dilancarkan dengan baik kerana kakitangan di bawah kerajaan negeri memerlukan hala tuju dan objektif tentang apa yang hendak dicapai oleh suatu portfolio itu.

Tambah Azmi, tindakan Menteri Besar Kedah dan Terengganu memegang banyak portfolio  juga akan mengakibatkan negeri tersebut sukar untuk maju lebih-lebih lagi kedua-dua negeri tersebut mempunyai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang rendah berbanding negeri lain.

“Jika menteri besar tidak dapat menumpukan perhatian, maka sukarlah negeri Kedah, Terenganu umpamanya untuk maju kehadapan.

“Pada pandangan saya menteri besar tidak perlu pegang jawatan portfolio secara spesifik kerana ia tidak akan memberikan keuntungan kepada sesiapa malah merugikan menteri besar itu sendiri serta kerajaan negeri dan rakyat,” katanya.

Sanusi pegang lapan portfolio penggal kedua jadi Menteri Besar Kedah

Terdahulu Sanusi dilapor memegang lapan portfolio berbanding tujuh pada penggal sebelum ini.

ADUN Jeneri itu mengekalkan portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri dan Pembangunan Kedah 2035 dengan tambahan portfolio Kerjasama Luar.

Manakala Ahmad Samsuri yang juga ADUN Ru Rendang pula memegang empat portfolio iaitu Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli  bagi penggal ini.

Dalam pada itu, Azmi juga berpendapat kes mahkamah dan saman yang dihadapi Sanusi dijangka turut memberi kesan kepada kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sanusi perlu membahagikan masa antara mahkamah serta melaksanakan tugas menteri besar dan adalah sebaiknya portfolio yang dipegang dilepaskan kepada Exco di bawahnya.

“Dengan kes mahkamah yang perlu dia (Sanusi) hadapi, ianya sukar untuk memastikan pentadbirannya berjalan lancar.

“Dia seharusnya melepaskan jawatan tersebut kepada Exco pilihannya. Mengapa perlu pegang banyak, adakah dia tidak yakin dengan pilihannya?

“Ini menimbulkan tanda tanya tentang kepercayaan dan keyakinan Sanusi itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini Sanusi dilapor berdepan dua kes mahkamah dan dua saman berhubung pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan Penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik di Selayang, bulan lepas.

Sanusi  juga berdepan tuntutan saman daripada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari selepas mendakwa naib presiden PKR itu terlibat dalam suatu skandal berkait projek pembersihan Sungai Klang.

Sebelum itu, pada 13 Disember, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Sanusi berhubung ucapan yang mengaitkan Ahli Parlimen Tambun itu dengan perlakuan tidak bermoral, dalam kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’. OLEH AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.