nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jerebu: Semenanjung pulih, Sarawak rekod IPU tidak sihat

4 SEPT : Tiga kawasan di Sarawak merekodkan tahap Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini melibatkan Sri Aman, Kuching dan Serian.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Sri Aman adalah 154, Kuching (128) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (131).

Sementara itu, bacaan IPU di Shah Alam kembali mencatatkan sederhana iaitu 99 termasuk Putrajaya (95), Cheras (98) dan Nilai (94).

Di Semenanjung Malaysia, hanya empat kawasan mencatatkan IPU baik iaitu di Kedah, Kangar (22), Langkawi (20) dan Alor Setar (37) termasuk Kota Bharu, Kelantan (48).

Semalam, lima negeri merekodkan bacaan tidak sihat setakat 10 malam tadi iaitu Seri Aman (152), Nilai (138), Cheras (134), Shah Alam (123) dan Putrajaya (111).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Sementara itu, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura memberi amaran, jerebu yang dialami beberapa negara jiran ketika ini mungkin disebabkan cuaca kering sejak beberapa minggu lalu di Sumatera, Indonesia.

Katanya, sejak beberapa hari lalu tompok panas di kesan di Sumatera termasuk asap tebal di beberapa kawasan, NEA meramalkan cuaca kering itu berterusan di selatan dan tengah kepulauan Indonesia sekali gus menjejaskan Singapura dan Malaysia.

Indonesia kini berusaha melawan semakin banyak kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu terutama ketika musim kering yang dijangka mencapai kemuncaknya pada bulan ini di seluruh negara.

*Foto : Facebook Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura

Get real time updates directly on you device, subscribe now.