nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid dilepas tanpa bebas kesemua 47 tuduhan

4 SEPT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa bebas (DNAA) hari ini atas kesemua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan DNAA yang dipohon oleh timbalan pendakwa raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Hakim Collin dalam keputusannya berkata beberapa alasan diberikan pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku ‘My Story: Justice in The Wilderness’ oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Katanya, oleh kerana siasatan masih dijalankan dan lanjutan daripada respresentasi yang dikemukakan pembelaan, adalah wajar bagi pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi yang membabitkan pihak berkuasa mengambil kenyataan daripada beberapa individu.

Katanya lagi, walaupun penubuhan RCI tidak menyatakan garis masa dan bagaimana ia akan dilakukan, ia tidak menunjukkan bahawa kes terbabit sudah mencapai penamatnya.

“Atas alasan yang diberikan, mahkamah dengan ini membuat perintah pelepasan yang tidak terjumlah kepada pembebasan.

“Sebelum saya menangguhkan prosiding, saya ingin menyatakan bahawa walaupun kuasa Peguam Negara, di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 CPC untuk memulakan dan menarik balik kes pada bila-bila masa sebelum penghakiman, tidak dipersoalkan.

“Sekiranya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pertuduhan, banyak masa kehakiman yang berharga dan sejumlah besar wang pembayar cukai akan dapat dijimatkan. Dengan ini saya menangguhkan prosiding, ” katanya.

Sebelumnya, pihak pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi hari ini mereka mahu menghentikan prosiding berkenaan.

Pihak pendakwaan memohon Zahid dilepas tanpa dibebaskan namun peguam Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik meohon supaya mahkamah membebaskan Pengerusi BN itu sepenuhnya.

Keputusan ini bermakna pendakwaan boleh meneruskan kes ini, atau mengemukakan kes terhadap Zahid pada bila-bila masa nanti berdasarkan fakta dan keterangan yang serupa dalam kes ini.

Pada prosiding pagi tadi, Mohd Dusuki yang juga ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi semua 47 pertuduhan.

Sebelum ini, Zahid, 70 telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.